Halaman

Selasa, 3 April 2012

Video murtad: Penganut Kristian tak puashati dengan 'bukti' Hasan Ali sambil lewa

Sherina Yusof, Malaysia Chronicle


Pemimpin PAS yang dipecat Hasan Ali akhirnya menunjukkan video 16 minit kepada media, yang didakwanya bukti orang Kristian bersungguh-sungguh dalam usaha mereka menukar kepercayaan orang Islam di Malaysia.

”Pengakuan video 2 individu itu di rakam dalam 3 versi-16 min, 42 min dan versi tidak diedit 1 jam 30 minit,” Berita Harian melapurkan beliau memberitahu sidang akhbar di rumahnya semalam.

Menurut ahli politik itu, pengakuan tersebut secara sukarela dan dirakam dirumahnya. Beliau ada ketika rakaman di buat dan 2 lelaki, masing-masing berumur 27 dan 40an memberitahu pengalaman mereka menganut agama Kristian.

Pihak ahbar tidak dibenarkan merakam visual yang ditunjukkan atau suaranya atas sebab ia melanggar hak individu tersebut. Hasan masih menimbangkan samada mahu menghantar video itu kepada pihak berkuasa agama dan Sultan untuk tindakan lanjut.

Kerajaan anti Kristian

Murtad dan meninggalkan Islam ialah satu jenayah di Malaysia, tetapi tidak salah bagi Muslim untuk orang beragama lain menganut Islam. Walau ada undang-undang keras sedemikian yang melindungi masyarakat Islam, kerajaan PM Najib masih secara senyap menggalakkan pelampau seperti Hasan dan GO pimpinannya Jati untuk melancarkan serangan terhadap masyarakat Kristian.

Najib dan parti Umno dituduh menggunakan agama untuk memenangi undi dari orang Melayu yang semuanya Islam dan merupakan pengundi terbesar negara ini. Dengan PRU 13 yang semakin hampir, bukan satu kejutan Hasan menyemarakkan semula retorik anti Kristian ini.

Penganut Kristian Cuma 10% dari penduduk Malaysia yang berjumlah 28 juta tapi penganalisa percaya Najib sudah sedia mengorbankan mereka untuk pengundi Muslim yang lebih ramai.

Hasan dikecam kerana tape tersebut

Hasan yang baru dipecat dari Pas kerana masalah disiplin, dan dipercayai jadi pro Umno kini. Bekas rakan2 seperjuangan dari Pakatan Rakyat kurang setuju dengan ‘cubaan’ terkini nya, yang kata mereka satu cara Hasan untuk membodek Najib.

“Saya rasa jelas video itu tidak menunjukkan apa-apa yang konklusif, hanya individu yang mungkin hanya ikut skrip Hasan.Jika Hasan mempunyai integriti, kita mungkin fikir dua kali tapi jelas dia tidak ada. Seseorang yang mengecam agama lain dengan penipuan dan tuduhan palsu bukan hanya salah di sisi Islam tapi juga nilai murni sejagat. Kita tidak perlu hormati orang sedemikian atau menghiraukan perbuatan nya.,” Timbalan Presiden PKR Chau Jui Meng, seorang Kristian memberitahu Malaysia Chronicle.

“Jika Najib fikir beliau boleh menang dengan Hasan di kem nya, kita rasa dia hanya berjaya memancing satulagi kayu mati. Ia seperti rekod rosak, yang dimainkan berulangkali. 1Malaysia hanya slogan dan tidak pernah bertujuan untuk dijadikan realiti,jika tidak pasti beliau sudah menhantar anggota polis menangkap Hasan kerana cuba menimbulkan ketegangan agama dikalangan masyarakat melalui cara berbahaya,”.

Cuba menjadi hero

Hasan cuba menjadi hero.dalam klip video 16 minit itu, beliau dilihat bersembahyang dengan lelaki 27 tahun itu bagi membantu lelaki itu kembali kepada Islam. Lelaki itu dikenali sebagai Ahmad Syafiq Ridzuan, kedengaran suaranya saja dan tangan nya memegang tangan Hasan dalam video itu.

Dalam edisi 42 minit, sepasang suami isteri memberitahu bagaimana mereka menukar menganut Kristian oleh satu pasangan Kristian dari Australia. Lelaki berusia 47 tahun, di beri nama samaran Ramli Abdullah, berkata beliau terjebak dalam kegiatan gangster dan dadah sebelum berjumpa pasangan Kristian itu di tahun 2002 bila pasangan tersebut mmeber mya perlindungan.

“ saya dilayan baik. Hanya setelah tinggal dengan mereka selama setahun baru saya tahu mereka dari sebuah organisasi Kristian. Mereka beritahu saya orang bukan Kristian akan ke nereka tapi saya akan ke syurga kerana saya menerima Jesus sebagai penyelamat,” kata Ramli dalam video itu.

Hasan: Mereka percayakan saya seperti nyawa mereka

Ramli juga mengakui mengikuti latihan ‘discipleship’ di Singapura dan bekerja dengan seorang bernama Raymond Koh, seorang mubaligh dari 2004 hingga 2008.Ketika itu, dia menganggarkan ada ribuan orang Melayu yang menganut Kristian.

“Mereka yang saya jumpa , lebih 300 atau 400 orang Melayu dari Perlis ke Johor , malah Kelantan dan Terengganu,” kata Ramli.

Ramli juga membabitkan Harapan Komuniti, yang menganjurkan majlis makan malam di Pusat Methodist Damanasara Utama yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor .Menurut Ramli, Harapan ialah badan untuk kristian menyebarkan dan menukar fahaman orang islam kepada Kristian

Wajah Ramli dan isterinya dikaburkan dan suara diubah, manakala wajah lelaki 27 tahun dalam klip 26 minit langusng tidak ditunjukkan.

Tetapi walau dengan bukti tidak kukuh ini, Hasan masih bertegas ia sesuatu yang menakjubkan bagi ketiga mereka untuk percayakan beliau untuk membuat pengakuan dalam video tersebut

“Mereka tanya saya, bagaimana keselamatan hidup mereka boleh terjamin,” kata Hasan.Malaysia Chronicle

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.