Halaman

Selasa, 1 Mei 2012

Ambiga, Anwar boleh didakwa

Wartawan Sinar Harian

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusof
 
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusof


AYER KEROH – Penganjur utama perhimpunan Bersih 3.0, Datuk S Ambiga boleh didakwa sekiranya siasatan polis mendapati beliau perlu bertanggungjawab terhadap kekecohan pada perhimpunan lalu.

Selain Ambiga, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga boleh dikenakan tindakan sama sekiranya ada bukti jelas menunjukkan Penasihat PKR itu memberi isyarat supaya peserta perhimpunan memulakan kekecohan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusof berkata, siasatan terperinci sedang dijalankan polis bagi mengenal pasti pihak mana yang menyebabkan tercetus kekecohan sebelum biasanya dikemukakan kepada peguam negara.

"Undang-undang tidak berkompromi terhadap setiap mereka yang didapati bersalah kerana mencetuskan kekecohan sehingga mencederakan polis dan harta benda awam," katanya.

Menurutnya, beliau percaya, Ambiga serta beberapa pemimpin pembangkang temasuk Anwar akan dipanggil polis dalam masa terdekat untuk siasatan.

"Mengikut laporan di media, seolah-olah kekecohan itu diarahkan. Kalau ada bukti kukuh, tindakan akan diambil.

“Tiada seorang pun yang akan terlepas jika mereka didapati terlibat,” katanya ketika ditemui di Seri Bendahara, dekat sini semalam.

Sementara itu, Abu Seman berkata, tindakan polis melepaskan bom asap dan pancur air bukan dilakukan secara sesuka hati, sebaliknya mengikut justifikasi telah ditetapkan.

"Tindakan diambil polis begitu profesional. Tidak berlaku sewenangnya polis ambik tindakan melepaskan bom asap dan pancur air kerana ada sebab serta justifikasi polis buat begitu," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.