HALAMAN SANTAI

Jumaat, 1 Jun 2012

Berhimpun di KDN jika polis gagal ambil tindakan'

Leven Woon


 
Dua ahli DAP yang diserang geng tiga orang, mengancam untuk mengadakan perhimpunan di hadapan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sekiranya pihak polis gagal mengambil tindakan tegas terhadap penyerang mereka, yang telahpun dikenal pasti.

Dalam kejadian pada malam Rabu dua adik beradik - V Ganabatirau dan V Raidu - kedua-dua pemimpin kumpulan serpihan Hindraf - Malaysia Indian Voice - diserang tiga lelaki yang dikatakan penyokong BN ketika mereka dalam perjalanan untuk menghadiri satu majlis pengebumian di Klang.

raidu attack in klang 310512 01Raidu (kanan) patah tangan dan tulang leher, manakala hidung Ganabatirau cedera teruk.

Dengan Raidu masih dirawat di sebuah hospital di Klang, Ganabatirau kecewa kerana polis didakwa tidak mengambil tindakan walaupun identiti penyerang mereka sudah disahkan 36 jam lebih awal.

Menurutnya, polis datang ke hospital untuk merakam satu kenyataan pada pukul 3 pagi Khamis, di mana beberapa gambar suspek telah ditunjukkan kepadanya.

"Saya mengenali seorang daripada mereka dan polis berkata mereka mengenalinya dan tahu alamat rumahnya  kerana namanya terdapat dalam senarai orang dikehendaki polis.

"Tetapi selepas dua hari, saya masih belum melihat apa-apa tindakan dari mereka," kata Ganabatirau ketika ditemui Malaysiakini di hospital in Kelang hari ini.

Tiada ulasan: