S Pathmawathy
Jumlah
besar yang membanjiri program PAS di Kedah tidak akan diterjemahkan di
kertas undi, kata Tun Dr Mahathir Mohamad sambil menegaskan peserta
dibayar untuk menghadirinya.

Beliau
sendiri pernah berceramah dalam majlis yang dihadiri tidak sampai
seratus orang tetapi masih mampu menang dalam pilihan raya, katanya
dalam sidang media di Cyberjaya hari ini.
Anak kelahiran Kedah itu berkata, perkara itu akan dapat dilihat apabila pilihan raya berlangsung tidak selepas ini.
PAS
mendakwa, dalam acara yang dinamakan "Himpunan Hijau ke Putrajaya"
Sabtu lalu dihadiri lebih 100,000 orang. Ia dilihat cuba menyanyi
perhimpunan besar Umno di Bukit Jalil dua minggu sebelum itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan