Halaman

Isnin, 4 Jun 2012

Kabel dipotong, khidmat M'kini tergendala

MALAYSIA KINI
 
 
 
Malaysiakini membuat satu laporan polis apabila mendapati kabel gentian optiknya dipotong dan menyebabkan kesukaran untuk mengemaskini kandungan sehingga beberapa jam.

Pengurus teknologi maklumat Malaysiakini Danny Hong yang membuat laporan polis itu berkata, sambungan Internet di bangunannya di Bangsar itu mula tergendala pagi semalam.

Siasatan yang dijalankannya mendapati kabel gentian optik itu telah dipotong.

Malaysiakini bagaimanapun masih dapat mengemaskini pelayannya, namun pada kelajuan yang lebih rendah dengan menggunakan talian alternatif.

Laman berkenaan tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan tersebut merupakan satu perbuatan sabotaj.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.