Oleh Aisha Geoffrey
KUALA LUMPUR: Lima peserta mogok lapar yang menuntut supaya MIC memulangkan tiga ekar tanah milik SRJK (T) Effingham sejak 26 Mei lalu telah dibawa ke hospital hari ini atas nasihat doktor.
Presiden Return Effingham Land Action Team (Reflax), Manivanan Gowin berkata, setelah berbincang dengan lima peserta mogok yang diketuai Loganathan, mereka sebulat suara untuk menghentikan mogok tersebut.
“Setelah lebih 75 jam tanpa makan dan minum dan hasil perbincangan bersama, kami setuju untuk menghentikan mogok ini dengan tiga syarat iaitu pertama kami tidak akan menganggap ini sebagai satu kejayaan sehingga kejayaan muktamad diperoleh.
“Kami hargai kedatangan pimpinan Pakatan Rakyat dan kami meminta agar mereka meneruskan dan membawa perjuangan ini sehingga berjaya,” katanya.
Beliau menjelaskan syarat ketiga jika pada mesyuarat MIC yang bakal berlangsung Jun ini masih tiada keputusan mengenai tuntutan mereka, mogok lapar akan berulang kembali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.