Pembantu Azmin, Mohd Hilman Idham sewaktu dihubungi berkata kumpulan penunggang motosikal itu dipercayai mengekori Azmin pulang ke rumah selepas beliau merasmikan bilik operasi PKR di Setiawangsa sekitar jam 9 malam semalam.
"Terdapat kira-kira 10 orang cuba mengganggu pelancaran di Setiawangsa namun mereka gagal kerana ada hampir 500 penyokong (PKR) hadir untuk pelancaran itu.
"Jadi mungkin kerana itu mereka mengekori beliau pulang ke rumah dan buat kecoh di luar rumah beliau," katanya.
Katanya lagi, kumpulan berkenaan tidak menuntut apa-apa tetapi mereka membunyikan enjin motor mereka dan menjerit-jerit di luar rumah Azmin selepas jam 10 malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan