Tetapi saingan untuk mendapatkan pelanggan semakin sengit.
PETALING JAYA: Pusat urut di Jalan Ipoh ini agak tersembunyi walaupun sudah beroperasi sejak sekian lama.
Tidak ramai yang mengetahuinya kerana langsung tidak kelihatan papan tanda di premisnya. Bagi pelanggan baru untuk datang ke premis ini mesti menefon terlebih dahulu bagi mendapatkan alamat.
Ketika tiba kali pertama, kelihatan beberapa wanita warga Indonesia sedang duduk berborak sesama sendiri. Dari air muka, dapat diagak bahawa wanita-wanita ini berusia dalam lingkungan lewat 20-an dan awal 30.
“Mahu urut bang,” tanya seorang wanita itu dari Jawa Timur. Wanita itu memberitahu, bayaran untuk sejam ialah RM70.
“Kalau mahu lama kena bayar lebih,” sambungnya lagi.
Di Chow Kit, beberapa tukang urut wanita kaki lima sedia mengurut pelanggan lelaki sama ada di rumah atau di hotel.
Menurut mereka. ramai pelanggan luar yang datang ke kawasan itu mengurut dengan mereka.
Beza jalanan dan hotel
“Mula-mula mereka mengurut kaki tetapi tetapi ramai yang mahu mengurut seluruh badan. Malah setelah sekali mengurut mereka mahu kali kedua dan seterusnya,” kata Rohana.
Beliau menambah, ramai warga Indonesia dari Jawa menjadi tukang urut kerana ia pekerjaan yang mudah mendapat wang.
Menurut mereka, wanita muda dibawa agen dari Indonesia dan dihantar bekerja di pusat mengurut seperti hotel dan premis khas.
Manakala yang kurang cantik dan sudah berusia mengurut di jalanan dan kaki lima atau terpaksa mencari pelanggan sendiri tetapi bukan mudah kerana saingan yang semakin banyak.
“Oleh kerana itu banyak iklan perkhidmatan mengurut boleh kelihatan di mana-mana sahaja di tempat awam.
“Kebanyakan mereka bukan pandai sangat mengurut, sekadar yang asas sahaja,” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan