Datuk
Seri Najib Tun Razak berkata, beliau membuat keputusan untuk menyertai
sambutan Pesta Gawai bagi menunjukkan bahawa bahawa “apa yang
dicakapnya adalah serupa bikin” kerana beliau merupakan Perdana Menteri
untuk semua dan bahawa kerajaan mengambil berat hal ehwal semua rakyat
Malaysia.Najib berkata, beliau perlu mempraktikkan keinginannya menjadi
Perdana Menteri bagi semua dengan membuktikan bahawa ia bukan
semata-mata satu kenyataan politik atau retorik.
Beliau
berkata, hasratnya untuk lebih dekat dengan rakyat dan membawa
pembangunan yang seimbang dan saksama telah diterjemahkan dalam bentuk
tindakan seperti yang dibuktikan dengan peruntukan RM2.3 bilion hasil
tinjauan mesra di seluruh Sarawak sejak tiga tahun lalu.
“Apabila
kita menyambut Gawai, kita meraikan satu cerita mengenai kejayaan,kita
bukan meraikannya kerana kita gagal atau sebagai sebuah negara yang
gagaltetapi kita berjaya dalam pembinaan negara, pembangunan ekonomi
dan sosial dan dalam menyatupadukan masyarakat kita yang berbilang
budaya,” katanya di hadapan3,000 hadirin yang menghadiri rumah terbuka
sambutan Ngabang Gawai di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong
Ningkan di sini.
Pada majlis itu, beliau meluluskan peruntukan kerajaan pusat sebanyak RM5 juga bagi pembinaan ibu pejabat Yayasan Kebudayaan Dayak di Kuching.
Pada majlis itu, beliau meluluskan peruntukan kerajaan pusat sebanyak RM5 juga bagi pembinaan ibu pejabat Yayasan Kebudayaan Dayak di Kuching.
Gambar
Atas: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Ketua Menteri
Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyertai acara “Merbah Ranyai”
sempena Pesta Gawai di Rumah Jana anak Sweng, Batu Matup di Julau pada
Ahad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan