PAHANG DAILY
Keputusan Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggugurkan penglibatan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam memberikan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) bernilai RM250 juta kepada syarikat yang dikendalikan ahli keluarganya sungguh mengelirukan rakyat sebenarnya.
Pengerusi PPO Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil (foto) pada
Khamis berkata, siasatan terhadap penglibatan Shahrizat dalam NFC kini
ditutup.
Keputusan itu berikutan beliau didapati tidak terlibat dalam
proses pemberian pinjaman atau kontrak kepada syarikat tersebut. Ramai
yang sangsi dengan keputusan ini kerana mana mungkin seorang isteri
tidak tahu menahu perniagaan yang dijalankan oleh suaminya sendiri.
Persoalannya yang timbul, Shahrizat ketika itu berada dalam kabinet
kerajaan UMNO BN dan keputusan kelulusan projek berkenaan dibuat oleh
kabinet dan sudah pasti anggota kabinet tahu syarikat yang ditawarkan
projek tersebut adalah kepunyaan suami Shahrizat.
Makanya, jika pun dia
tidak terlibat secara langsung dengan proses pemberian pinjaman dan
kontrak namun dia sudah pasti mempunyai kepentingan dalam syarikat
terbabit sebenarnya.
Dengan melepaskan Shahrizat kini rakyat
tertanya-tanya, apakah ia bertujuan untuk melindungi lain-lain pemimpin
yang sepatutnya terpalit dengan isu ini. Apakah keputsan SPRM ini
dibuat atas desakan pihak tertentu yang tidak mahu Shahrizat
mendedahkan nama-nama pemimpin yang terlibat dalam kes ini.
Lantaran
itulah rakyat tidak terkejut, Shahrizat tidak disambung kontrak sebagai
Senator sebaliknya dibiarkan terus memimpin Pergerakan Wanita UMNO.
Apapun yang berlaku, kini kreadibili Shahrizat dan kerajaan UMNO BN
sendiri sudah rosak di mata rakyat.
Keputusan ke atas Shahrizat dilihat
tidak lebih untuk menutup rahsia di sebalik skandal tersebut. Malahan,
tindakan Bank Negara memanggil Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan
memaksa beliau mendedahkan bagaimana maklumat akaun suami Shahrizat
jelas sekali untuk memberi tekanan kepada rakyat yang mendedahkan
penyelewangan dan rasuah yang dilakukan.
Sepatutnya, suami Shahrizat
yang disiasat kerana menyelewengkan wang rakyat, namun kini sudah jadi
terbalik pula. Mereka yang mengadu dan membongkar isu berkenaan diberi tekanan demi tekanan. Sebaliknya, mereka yang melakukan perbuatan tersebut seolah-olah hendak dilepaskan.

Shahrizat boleh terlepas dari SPRM, tetapi tidak mungkin di mata rakyat
Shahrizat boleh terlepas dari SPRM, tetapi tidak mungkin di mata rakyat
[Dengan
keputusan SPRM terhadap Shahrizat ini, maka kita tidak hairan suami
beliau iaitu Dr Mohamad Salleh Ismail juga akan terlepas dalam kes ini
sebelum Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Ia bagi memberi imej dan gambaran
kononnya kerajaan UMNO BN tidak pernah melakukan apa-apa penyelewengan
dalam skandal NFC ini.
Justeru, rakyat diminta bersabar melihat apa
yang berlaku. Anggaplah ia hanyalah satu sandiwara politik peringkat
tertinggi antara pemimpin UMNO dalam usaha membersihkan diri mereka
dari perbuatan khianat ini.
SPRM dijadikan alat untuk membersihlan nama
Sharizat, namun tidak dimata rakyat. Kita yakin Shahrizat terlibat
dalam apa jua cara sekali pun terhadap kes ini, kerana yang didakwa
ialah syarikat suami dan ahli keluarganya.
Jangan memperbodohkan rakyat
dengan keputusan memalukan ini. Maka, lakukan perubahan pada PRU-13 ini
nanti jika mahu melihat kebenaran tercipta].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.