Hanif Omar (dua dari kanan) bersama tiga anggota panel siasatan (dari kiri) Prof Dr Ruszmi Ismail, Hussamuddin Yaacub dan Liew Peng Chuan.
Pengerusinya, Tun Mohammed Haniff Omar berkata, rakaman itu merangkumi semua aspek termasuk aspek membabitkan individu yang mengajak orang ramai untuk berhimpun pada hari berkenaan.
Menurutnya, rakaman yang dipertontonkan kepada ahli panel bermula sehari sebelum perhimpunan sehingga pada hari kejadian tersebut.
"Kami masih teliti video klip ini untuk mendapatkan bukti.
"Video klip yang sebanyak 43 buah itu, kami terpaksa memilih sudut berlainan yang menggambarkan suasana sebenar perhimpunan tempoh hari," katanya pada sidang media petang tadi.
Menurut Hanif lagi, melalui video tersebut mereka akan meneliti tingkah laku, suasana dan kerosakan harta benda ekoran perhimpunan Bersih 3.0.
Hanif berkata, mereka akan menyiarkan video klip itu kepada umum selewat-lewatnya Isnin depan.
Beliau juga meminta kerjasama masyarakat yang mempunyai bukti atau rakaman perhimpunan tersebut supaya tampil memberi bukti yang dimiliki supaya panel dapat menilainya.
"Saya seru kepada mereka yang ada bukti tersebut serahkan dengan segera untuk dikaji," katanya.
Mereka yang ingin berbuat demikian boleh menghubungi nombor 1388-8681-12, nombor telefon 03-88861811 atau 03-88868112 atau faks di nombor 03-88894836 atau boleh e-mel kepada
Tiada ulasan:
Catat Ulasan