Halaman

Selasa, 5 Jun 2012

Rais dakwa Anwar tidak sayang Melayu, gesa undi BN

Rais dakwa Anwar tidak sayang Melayu, gesa undi BNMALAYSIA CHRONICLE
 
 
SHAH ALAM, — Masyarakat Melayu harus bersatu demi kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang bagi memastikan hak mereka tidak diketepikan pembangkang, kata menteri Kabinet hari ini dan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim “tidak sayangkan Melayu, sistem beraja atau budaya Melayu.”

Dalam menarik undi masyarakat Melayu, Menteri Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim turut menuduh negeri Pakatan Rakyat (PR) mengabaikan tanggungjawab terhadap masyarakat Melayu.

Beliau berkata masyarakat Melayu “perlu tahu siapa mereka” dan “apa hak mereka”.

“Bagi pembangkang, Melayu tiada kuasa politik,” katanya ketika melancarkan Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia di sini.

Beliau juga mendakwa Ketua Pembangkang, Anwar “tidak sayang Melayu, sistem beraja, atau budaya Melayu” dan menambah “tidak pernah menyebut berkenaan kebajikan Melayu.”

“DSAI, bila kali terakhir berucap untuk mengukuhkan bahasa Melayu?” katanya diikuti tepukan gemuruh 1,000 hadirin yang hadir.

Rais turut menggesa Melayu supaya bersatu dan mengundi pemimpin yang mengambil berat hak istimewa dan kebajikan mereka.-The Malaysian Insider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.