Disebabkan kualiti
yang lebih baik, kerajaan menetapkan harga runcit RON97 sebanyak
RM2.90 seliter manakala RON95 yang kurang berkualiti pada harga RM1.90
seliter. Jika dilihat, memang jelas RON97 (RM2.90) berharga lebih RM1
daripada RON95 (RM1.90).
Dengan harga RM1.90 seliter dan ditambah
nilai subsidi RM1.45 seliter yang ditanggung oleh kerajaan, maka harga
RON95 TANPA SUBSIDI ialah RM3.35 manakala RON97 yang lebih berkualiti
tetapi TANPA sebarang subsidi hanya berharga RM2.90!
Sekiranya kedua-dua gred petrol dijual TANPA sebarang subsidi, maka harga RON95 (RM3.35) lebih tinggi daripada RON97 (RM2.90). Petrol yang lebih berkualiti lebih murah daripada petrol yang kurang berkualiti!
Jika begitulah halnya, adalah lebih baik
kerajaan menukarkan subsidi RM1.45 seliter yang diberikan kepada
petrol gred RON95 (yang kurang berkualiti) dan memindahkan subsidi
berkenaan kepada petrol RON97. Rakyat akan menikmati petrol yang
berkualiti lebih baik dengan harga yang jauh lebih murah. Dengan kadar
subsidi RM1.45, harga petrol gred RON97 dapat dinikmati oleh rakyat
dengan harga RM1.45 seliter! (RM2.90 - RM1.45).
Dengan harga yang lebih murah dan Rakyat dapat menggunakan petrol daripada gred RON97 yang lebih berkualiti.... RON97 berharga RM1.45 seliter! Macam mimpi!
Kalau tak berani, jangan ganggu Rakyat
untuk menukar kerajaan yang dapat memberikan harga petrol yang lebih
murah. Bukan susah pun kerajaan Pakatan nak lakukan... Pindahkan sahaja
subsidi daripada RON95 kepada RON97. Tak perlu pakar kewangan untuk melakukannya..
Analoginya samalah dengan menjual kereta
Proton yang berkualiti dengan harga yang lebih murah di luar negara
manakala Proton yang kurang berkualiti dijual kepada rakyat di dalam
negara dengan harga yang jauh lebih mahal. Haram jadah!!! (pinjam kata-kata Najib)
Siapa yang mahukan harga petrol RON97 berkualiti dengan harga yang lebih murah daripada harga RON95, JOM tukar kerajaan BN kepada kerajaan Pakatan Rakyat!
Patutlah DS Anwar berani dan konfiden memberi jaminan, "malam ini kita berkuasa di Putrajaya, esok kita turunkan harga petrol!"
Kepada pemuda-pemudi, abang, adik, kakak, cuba eksplen penipuan subsidi petrol kerajaan Najib ini kepada orang-orang tua di kampung-kampung, di pedalaman, Makcik Kiah, Makcik Jemah, Pak Seman, Pak Sudin di Felda-Felda. Mereka semua ada kereta dan motor yang menggunakan petrol.
|
Halaman
▼
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.