Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan jentera
pilihan raya Barisan Nasional (BN) bahawa pilihan raya umum (PRU)
ke-13 kali ini adalah penentu “hidup dan mati” parti tersebut.
Muhyiddin
yang berucap ketika melancarkan Jentera Pilihan Raya Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur di sini menegaskan, bangun jatuh BN akan
ditentukan sewaktu PRU13 dan menuntut setiap ahli jenteranya untuk
memberikan keutamaan kepada setiap kerusi dalam pilihan raya tersebut.
“Pilihan
raya umum ke-13 kali ini adalah penentu hidup mati Barisan Nasional.
Bangkit atau jatuhnya BN akan ditentukan dalam pilihan raya kali ini.
“Justeru
saya menggesa setiap jentera parti memberikan keutamaan kepada setiap
kerusi negeri dan Parlimen,” tegasnya kepada lebih 1000 jentera BN
Kuala Lumpur di Stadium Titiwangsa pagi tadi.
Beliau
yang merupakan Pengerusi BN Kuala Lumpur juga menggesa jenteranya untuk
bekerja keras di peringkat akar umbi bagi membolehkan rakyat kembali
menyokong kepimpinan BN.
“Kita
perlu bekerja keras. Zaman mewah BN seperti dahulu telah berlalu. Jika
Pakatan Rakyat (PR) melakukan sesuatu kebaikan dan rakyat menyokong
mereka, itu adalah masalah buat kita.
“Kita perlu turun padang dan membantu rakyat supaya sokongan mereka kembali kepada kerajaan BN,” tambahnya.
Ahli Parlimen Pagoh ini juga menjelaskan, jentera parti tidak seharusnya leka dalam menghadapi pilihan raya akibat daripada kekurangan dalam PR.
Ahli Parlimen Pagoh ini juga menjelaskan, jentera parti tidak seharusnya leka dalam menghadapi pilihan raya akibat daripada kekurangan dalam PR.
“Kita
jangan leka. Jangan terlalu yakin kita akan menang. Kita perlu terus
berusaha dan tidak lalai akibat daripada kekurangan pembangkang.
“Sebab itu
kerajaan “walk the talk”. Kita bukan seperti kerajaan PR yang hanya
tahu “talk and walk,” tegasnya di sahut tepukan gemuruh jentera dari
Kuala Lumpur.
Sehubungan
itu, Muhyddin menjelaskan, BN tidak boleh tewas kerana mereka telah
berusaha 55 tahun untuk membangunkan negara ini dan mengecapi keamanan
dan kestabilan seperti sekarang.
“PR
sekarang mula menggunakan pendekatan psikologi terhadap rakyat. Mereka
sedar sokongan mereka sudah lemah dan mereka sudah rasa takut dan
bimbang.
Kita perlu
pastikan kita tak boleh kalah. Jangan biarkan mereka menjahanamkan
negara. Kita telah bina negara ini 55 tahun,” tegasnya lagi.
Malah, beliau turut berkata pembangkang sedar kerajaan BN sudah semakin mendapat tempat di hati rakyat berbanding 2008, lalu mereka mula mengerah rakyat untuk melakukan demonstrasi menentang kerajaan seperti perhimpunan seperti Bersih 3.0.
Malah, beliau turut berkata pembangkang sedar kerajaan BN sudah semakin mendapat tempat di hati rakyat berbanding 2008, lalu mereka mula mengerah rakyat untuk melakukan demonstrasi menentang kerajaan seperti perhimpunan seperti Bersih 3.0.
“Mereka tahu mereka tak boleh menang. Mereka kerah rakyat keluar untuk lawan kerajaan menggunakan demonstrasi,” tegasnya lagi.
Dalam
perhimpunan hari ini, turut hadir adalah Timbalan Pengerusi BN KL,
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Setiausaha Agung Umno, Datuk
Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dan juga wakil pemimpin-pemimpin parti
komponen BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.