Halaman

Isnin, 4 Jun 2012

Umno tidak takut Himpunan Hijau PAS

 
Umno Kedah menganggarkan penyokong PAS sekitar 50, 000 orang dan hampir separuh orang luar.




PETALING JAYA: Umno Kedah memperolok-olokkan Himpunan Hijau PAS Jumaat lalu dengan meramalkan parti itu akan tumbang dalam pilihan raya umum 13.

Mereka mendakwa penyokong PAS yang hadir dalam perhimpunan itu sekitar 50, 000 orang dengan 20, 000 daripada mereka adalah orang luar.

“Pengundi di Kedah ialah 970, 000 dan mereka yang hadir sekitar 50, 000 tidak memberi gugatan yang besar kepada Umno negeri.

“Kekuatan Umno bukan bergantung kepada himpunan tersebut,” kata Ketua Umno Langkawi Datuk Nawawi Ahmad.

Beliau mengulas mengenai Himpunan Hijau PAS di Stadium Darul Aman, Alor Setar Jumaat lalu.
AJK Sungai Petani. Mejar (B) Rosli Mat Rejab berkata, perhimpunan tersebut hanya perang saikologi menjelang PRU 13.

Beliau berkata, ramai yang datang itu sekadar hendak suka-suka atau tengok sahaja.

“Saya dapat laporan dalam ceramah di Pokok Sena kawasan yang diwakili Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, orang yang datang sekitar 70 dan 80 orang.
“Sudah tentu Himpunan Hijau itu tidak boleh dijadikan ukuran,” tambah beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.