SINAR HARIAN
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, adalah memalukanjika parti itu tidak mengambil tindakan terhadap Nizar dan ia menggambarkan parti itu 'bersekongkol' dan bersetuju mengenai kenyataan pemimpin mereka itu.
"Walaupun (Naib Presiden Pas) Salahuddin (Ayub) dan Ketua Pemuda Pas Nasrudin (Hassan) seolah-olah mahu lari daripada terlibat sama dalam masalah Nizar tetapi mereka harus ikhlas mencadangkan kepada kepimpinan Pas supaya mengambil tindakan terhadapnya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan baik pulih rumah sumbangan Affin Islamic Bank kepada 68 penerima berjumlah RM750,000 untuk Parlimen Bagan Datoh di sini hari ini.
Beliau berkata, Pas boleh mengenakan tindakan supaya Nizar tidak dibenar bertanding dalam pilihan raya kerana jika ada jawatan, banyak lagi kerosakan imej terhadap parti yang boleh dilakukan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu.
Zahid berkata, Nizar telah lupa bahawa bidaan bernilai RM520,000 atas nombor plat oleh Sultan Johor itu akan disalur kepada rakyat.
Baginda mengeluarkan duit peribadinya, itu merupakan duit pendapatan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pendapatan JPJ akan pergi ke akaun yang disatukan di bawah Kementerian Kewangan dan wang itu akan dikeluarkan semula untuk rakyat, bukan baginda menggunakan duit rakyat untuk kepentingan peribadinya, yang ini Nizar lupa," katanya.
Sultan Johor Sultan Ibrahim memenangi bidaan untuk nombor plat WWW 1 pada harga RM520,000 dan kemudian Nizar dalam Twitternya menyatakan bahawa jumlah wang yang besar itu boleh diguna untuk membantu orang Melayu yang miskin di negeri itu membeli rumah.
Rabu lepas, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilapor menafikan bidaan nombor plat WWW 1 oleh ayahanda baginda menggunakan wang rakyat. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.