HALAMAN SANTAI

Khamis, 5 Julai 2012

DAP: Teng pernah lulus projek di lereng tinggi

Susan Loone


 
Pengerusi jawatankuasa kerajaan tempatan Pulau Pinang Chow Kong Yeow mendedahkan dokumen yang didakwa bukti bahawa pengerusi BN negeri itu Teng Chang Yeow sendiri pernah meluluskan projek di lereng bukit di ketinggian lebih 250 kaki.

Pengerusi DAP negeri itu berkata, minit mesyuarat Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menunjukkan bahawa Teng pernah meluluskan satu projek seperti itu di Relau ketika menjadi ahli majlis perbandaran tersebut.

Chow turut membacakan nama ahli majlis lain yang menghadiri mesyuarat berkenaan, termasuk Tan Gim Hwa, Chin Fook Weng, Loh Hock Ann, Mohd Ali Ismail dan Goh Ban Lee.

Katanya, lebih banyak lagi projek akan didedahkan selepas mereka mengumpul maklumat selengkapnya.

Chow berkata Teng sebelum ini mendakwa tidak pernah meluluskan pembangunan di lereng bukit pada ketinggian lebih 250 kaki.

Dokumen sulit itu didedahkan selepas BN menuntut supaya kerajaan negeri berbuat demikian, ekoran dakwaan MPPP bahawa pentadbiran BN meluluskan 37 projek pada ketinggian lebih 250 kaki sebelum Mac 2008.

Tiada ulasan: