Kira-kira
110 peniaga Bazar Ramadhan Setiawangsa hari ini berang dengan tindakan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang enggan meluluskan tapak
perniagaan atas alasan mengganggu lalu lintas.
Wujud kira-kira 15 tahun
lalu, DBKL pada tahun ini tidak lagi membenarkan bazar itu dibuka di
Jalan Setiawangsa 9, malah tidak pula menyediakan tapak alternatif
untuk peniaga terbabit.Keadaan itu menyebabkan peniaga bingung dengan
tindakan DBKL yang turut menghalang mereka membuka gerai walaupun
memiliki lesen sah.
Peniaga
terbabit mula memasang khemah gerai sejak 2.30 petang tadi di sebuah
kawasan lapang milik persendirian di Jalan Setiawangsa 13 dalam keadaan
sempit dan tidak selesa.
Keadaan
menjadi tegang apabila pegawai DBKL mula cuba merampas meja peniaga
namun dihalang selain menghadapi beberapa provokasi daripada kumpulan
peniaga.
Difahamkan,
ketegangan ini sudah berlarutan sejak tiga hari lalu apabila peniaga
dan DBKL gagal mencapai kata sepakat mengenai tapak sebenar bazar
Setiawangsa.
Peniaga
lauk-pauk, Sulaiman Mahmud berkata, beliau kesal kerana DBKL seperti
menindas peniaga Melayu sedangkan warga asing diberi kelonggaran
berniaga dengan bebas di pasar borong tempatan dan di Jalan Chow Kit.
Beliau berkata, masalah ini terjadi disebabkan wujudnya ‘orang atas’ yang berpengaruh di Taman Setiawangsa yang mengadu tidak selesa dengan bazaar tersebut dan mempengaruhi DBKL supaya tidak membenarkan lagi tapak bazar itu wujud.
Beliau berkata, masalah ini terjadi disebabkan wujudnya ‘orang atas’ yang berpengaruh di Taman Setiawangsa yang mengadu tidak selesa dengan bazaar tersebut dan mempengaruhi DBKL supaya tidak membenarkan lagi tapak bazar itu wujud.
“Selama ini kami tidak ada masalah dengan penduduk malah orang ramai berpusu datang membeli juadah setiap kali tibanya Ramadhan.
“Kami
bukan berniaga di sini tiap-tiap hari, cuma sebulan dalam setahun…Kami
mahukan jawapan DBKL kerana sehingga sekarang mereka masih membisu,”
katanya.
Peniaga
asam pedas, Zaiton Baba, 52, yang juga penduduk asal Setiawangsa tetap
bertegas akan meneruskan perniagaanya seperti biasa walaupun mendapat
tekanan daripada DBKL.
“Kami
kesal kerana masalah ini tidak mendapat perhatian wakil Umno Bahagian,
Datuk Bandar, mahupun Menteri Wilayah kerana ia membabitkan peniaga
Melayu,” katanya.
Sementara
itu, Timbalan Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana
Malaysia (Ikhlas) berkata, Ahli Parlimen Setiawangsa Datuk Seri
Zulhasnan Rafique merupakan individu yang memberi ‘kelulusan’ kepada
DBKL menghalang kewujudan bazar terbabit.
“Masjid India, Lorong Tunku Abdul Rahman (TAR) banyak warga asing tapi kenapa tak dihalang?
“Datuk Zulhasnan, Datuk Bandar perlu bertanggungjawab selesaikan isu ini,” tegasnya.
Difahamkan, Zulhasnan gagal dihubungi buat masa ini kerana mengerjakan Umrah di Mekah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan