HALAMAN SANTAI

Selasa, 24 Julai 2012

Fatihah selamat jalani ujian MRI

Wartawan Sinar Harian

Logo 3 beradik perlu bantuan
3 beradik menghidap penyakit kronik dan memerlukan rawatan serta
penjagaan rapi perlu bantuan
 
 
SHAH ALAM – Adik Nurul Fatihah Zanery, 8, menghidap kanser tulang leher selamat menjalani ujian imbasan magnetik resonan (MRI) kali kedua di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, semalam.

Ibunya, Adiana Othman, 34, berkata, menurut doktor pakar yang merawat anaknya, ujian tersebut dilakukan pada leher Fatihah bagi mengenal pasti kedudukan sebenar kanser.

“Setakat ini kami, masih menunggu keputusan pihak hospital berkenaan laporan tersebut.

“Pihak hospital memaklumkan Fatihah akan dibenarkan pulang selepas kesihatannya pulih sepenuhnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Adiana berkata, mereka berharap laporan yang diterima nanti akan memberi perkembangan positif kepada anaknya.

Mengulas lanjut mengenai dua anaknya, Nurul Huda, 12, dan Muhammad Amir, 11, Adiana memberitahu, Huda yang sebelum ini mengalami batuk berdarah disebabkan menghidap penyakit tiroid, pulih sepenuhnya.

Manakala, Amir yang menghidap lenguh dan kekejangan di kaki kiri disebabkan penyakit saraf tunjang kongenital, semakin kritikal.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan di akaun Maybank Adiana, bernombor 162508103642 atau menghubunginya di talian 013-2934873.

Tiada ulasan: