MALAYSIA CHRONICLE
PERMATANG PAUH - Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali berhasrat menjelajah ke seluruh kawasan di Parlimen Permatang Pauh bagi menceritakan kepada rakyat tentang perilaku sebenar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, beliau berazam menerangkan kepada penduduk di situ yang selama ini mungkin tidak tahu 'rahsia' wakil rakyat mereka itu.
"Kalau kita nak menang pilihan raya umum di Permatang Pauh, izinkan saya masuk ke setiap penjuru kawasan ini.
"Kita akan terangkan kebenaran. Kita akan pastikan kalau Anwar menjadi calon, kita kalahkan sampai hangus wang pertaruhannya di sini," katanya ketika berceramah di Taman Janggus di sini malam tadi.
Ia merupakan ceramah pertama beliau di kubu kuat Anwar itu.
Bagaimanapun, jelas Ummi Hafilda, beliau kesal kerana ada pihak yang cuba menghalangnya daripada berbuat demikian.-Utusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan