| Oleh : NOMY NOZWIR |
|
SHAH
ALAM : Harga sewa tapak yang dikenakan oleh pihak urusetia Pasar
Ramadan (PaRam) punca harga makanan meningkat sempena Ramadhan tahun
ini, menurut rungutan dari peniaga-peniaga PaRam di sini, hari ini.
Tinjauan dari harga
makanan di PaRam pada tahun ini di seluruh negara, menurut respon dari
Twitter dan Facebook menunjukkan peningkatan harga makanan lebih mahal
dari tahun-tahun yang lepas.
“Di
Sabah misalnya, harga air tebu berharga sekitar RM7, di sesetengah
tempat terutamanya di AsiaCity, Kota Kinabalu — harga air tebu sebotol
mineral besar berharga RM10,” menurut koresponden #indeksparam dari Kota
Kinabalu, Syarifah Nursyahidah dari Sabah.
#indeksparam
adalah satu inisiatif dari golongan yang mempunyai akaun laman sosial
Twitter untuk memberi informasi terbaru tentang harga makanan di PaRam,
serta makanan-makanan menarik untuk kongsian bersama dari mereka yang
melihat dari carian pautan (hashtag) tersebut, yang akan disiarkan di
The Malaysian Insider setiap hujung minggu sepanjang bulan Ramadhan.
Sebagai perbandingan — harga air tebu rata-rata di Semenanjung berharga lebih kurang RM4-5 satu jag.
Sementara
itu, tinjauan di sekitar pasar Ramadan sekitar Shah Alam rata-rata
penduduk berkata ia masih berpatutan walaupun mereka merasakan sedikit
mahal berbanding tahun lepas.
“Kalau
kita tengok, harga murtabak daging dahulunya RM2.50, kini pun sama,
cuma ukurannya kecil sedikit. Harga untuk laksa, mi dan mihun sup
sekitar RM3.50 hingga RM4, berbanding tahun lalu lebih kurang RM3 hingga
RM3.50 sahaja,” kata pengunjung PaRam di Seksyen 18, hari ini.
“Kita berharap kalau harganya mahal, kualiti dan kebersihannya hendak dijaga.
“Dan
kita harap peniaga atau pihak urusetia PaRam tidak mengambil kesempatan
dengan menekan rakyat dengan harga yang tidak berpatutan.
“Kita kena ingat bahawa ini bukan hanya sekadar berniaga, bahkan ini adalah fardhu kifayah untuk umat Islam berbuka puasa.
“Janganlah
menganiaya orang ramai hanya kerana mahu mendapat keuntungan dunia,”
kata seorang pengunjung yang ingin dikenali sebagai Din, di sini.
PaRam
adalah tradisi rakyat Malaysia terutamanya kepada umat Islam setiap
kali menjelang Ramadan. Pelbagai juadah berbuka puasa dijual di seluruh
negara dan sudah menjadi kewajipan bagi orang ramai untuk
mengunjunginya.
|

Tiada ulasan:
Catat Ulasan