Rata-rata
pemandu teksi di sekitar Kuala Lumpur yang ditemui Keadilan Daily
melahirkan rasa kecewa atas kegagalan kerajaan memahami keperluan dan
keperitan mereka.Menurut Selvam A/L Suppiah, berkata, pemandu teksi
mahukan permit individu dan bukan tayar sepertimana diumukan kerajaan
dengan pemberian baucer.
“Kita tak mahu tayar, lagipun voucer itu cuma
RM520, kita kena tambah duit sendiri juga, tayar tak penting, kami mahu
permit saja,” katanya.
Tambah
beliau, mereka terpaksa membayar sewa kereta, termasuk menanggung
permit teksi syarikat. Hal itu menyebabkan mereka hanya memperoleh
pendapatan sekitar RM20 hingga RM30 sehari.
“Satu hari
nak untung RM100 pun susah, lepas itu bayar sewa kereta dan permit
RM60, isi gas lagi, anak-anak mahu makan apa?,” keluhnya.
Seorang
lagi yang ditemui, Ng Teck Yong, 42 turut melahirkan keluhan beliau
yang terpaksa membayar sewa permit yang tinggi setiap hari.
“Tiada
permit kami terpaksa bayar RM70, tapi kalau ada permit, kami cuma perlu
bayar RM25 untuk sewa kereta saja, itu baru betul-betul membantu,”
kata Ng.
Selvam A/L Vera pula menyifatkan tindakan pemberian TR1M itu hanya bertujuan memancing undi pemandu teksi.
Selvam A/L Vera pula menyifatkan tindakan pemberian TR1M itu hanya bertujuan memancing undi pemandu teksi.
“Tayar
boleh bagi, wang boleh bagi, kenapa permit tak boleh bagi? Kalau mahu
kami undi Barisan Nasional, bagi permit dulu kalau tidak, Pakatan
Rakyatlah,” tegas Selvam.
Berlainan dengan Haris bin Kasiran, 48 yang melahirkan rasa syukur dengan pemberian voucer oleh kerajaan.
“Ia sangat
membantu, nak bagi banyak-banyak buat apa? ‘bankrup’ la kerajaan.
Lagipun saya ada permit sendiri, teksi saya beli secara tunai, untung
semua masuk poket,” ujarnya.
Ketika
ditanya bagaimana beliau berhasil memiliki permit sendiri, beliau
menjawab, ” Isteri saya kenal datin-datin dekat Lembaga Perlesenan
Kenderaan Perdagangan (LPKP), minta tolong, senanglah dapat,” katanya
sambil tersenyum.
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengumumkan bantuan Teksi
Rakyat 1 Malaysia (TR1M) yang mana melalui bantuan itu pemandu teksi
diberi voucher bernilai RM520 untuk menukar tayar di kedai terpilih.
Jika harga tayar lebih mahal, mereka perlu membayarnya dengan duit poket sendiri.
Ia
berlainan dengan Pakatan yang menjanjikan pemberian lesen serta permit
teksi terus kepada pemandu teksi dan tidak lagi secara konsesi seperti
sekarang jika berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke
13.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan