Halaman

Sabtu, 21 Julai 2012

Kit Siang: Pakatan akan bantu BN cegah 13 Mei daripada berulang

 
 
KUALA LUMPUR— Pakatan Rakyat (PR) akan bekerjasama dengan musuh politik mereka Barisan Nasional (BN) untuk mencegah daripada berlakunya tragedi berdarah 13 Mei 1969 daripada berulang janji Lim Kit Siang.

Akan tetapi, ahli politik veteran yang dituduh memulakan tragedy 13 Mei oleh musuh politinya itu juga meminta kerjasama daripada parti pemerintah itu.

Kit Siang melahirkan kebimbangan dengan situasi sejak akhir-akhir ini tragedi 13 Mei disebut kembali oleh pemimpin BN dilihat sebagai satu ancaman kepada pengundi jika Umno kalah, tragedi berdarah 13 Mei akan berulang.

Yang terbaru mengeluarkan kenyataan tentang 13 Mei adalah timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam dan Lim juga bertanya kepada Muhyiddin apakah beliau akan memberikan jaminan yang sama seperti yang beliau berikan bahawa tragedi berdarah tidak akan berulang.

“Saya mengaku, saya risau dengan cara Muhyiddin membangkitkan persoalan tentang 13 Mei, yang telah digunakan berdekat-dekat untuk menimbulkan ketakutan dikalangan pengundi dan ini merupakan cara untuk memaksa pengundi untuk mengundi Umno dan BN,” kata ahli parlimen Ipoh Timur itu daripada teks ceramahnya semalam.

Menurut laporan akhbar semalam, Muhyiddin menyeru anak-anak muda negara ni agar bersatu-padu untuk mengelakkan daripada berlakunya tragedi berdarah seperti tahun 1969, yang dikatakan telah memakan 2000 nyawa rakyat Malaysia.

“Kita tidak mahu 13 Mei berulang,” kata timbalan perdana menteri.

Kata Lim lagi, keadaan politik dan sosial hari ini sudah banyak berubah berbanding sewaktu berlakunya kejadian tersebut, dengan menyatakan lahirnya Pakatan Rakyat (PR) gabungan PAS, DAP, PKR — yang mempromosikan masyarakat berbilang kaum.

“Apakah akan berlaku 13 Mei dalam pilihan raya akan datang? Jawapan saya adalah ‘TIDAK’,” katanya lagi

“Bagi pihak DAP dan PR biar saya jawab secara rasmi dengan mengisytiharkam tidak mahu 13 Mei berulang dan berjanji untuk bersama-sama mencegahnya.

“DAP dan PR menawarkan diri untuk bekerjasama dengan Umno dan BN untuk memastikan tidak ada ulangan kejadian 13 Mei dalam pilihan raya akan datang,” katanya lagi.

Dengan kerjasama sedemikian, Malaysia boleh yakin kejadian sama tidak akan berulang lagi.

Lim mendesak perdana menteri Datuk Seri Najib Razak agar memberi komitmen sama untuk memastikan perubahan secara aman jika PR mengam alih Putrajaya.

“Beritahu dunia bahawa Malaysia telah menjadi demokrasi normal dan tidak mustahil akan menjadi negara demokrasi terbaik dunia, meminjam kata-kata dari presiden Umno.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.