Wakil
kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) mendakwa pihak pengurusan
tertinggi kolej berkenaan telah bertindak zalim dengan menyeleweng wang
potongan zakat yang dibuat melalui skim potongan gaji para pekerja di
institusi pengajian tinggi (IPT) itu.
Seorang pensyarah KUIN yang enggan
didedahkan namanya mendedahkan bahawa kali terakhir pembayaran dibuat
kepada pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah adalah pada bulan Februari
tahun ini sedangkan gaji mereka telah dipotong untuk tujuan itu adalah
sehingga bulan Jun 2012.
“Zakat
kita pun ‘dipusingkan’, pembayaran terakhir kepada Lembaga Zakat ialah
pada bulan Februari 2012 sedangkan gaji telah dipotong sehingga Jun
2012.
“Kami ada
bukti, kita bukan hanya bercakap kosong..kenapa kita perlu takut? Kita
telah buat laporan polis sebab semuanya kita ada bukti,” katanya ketika
mengadakan demonstrasi aman ‘Himpunan Aman Bersihkan KUIN 2.0’ yang
disertai hampir 200 orang kakitangan KUIN, di sini semalam.
Selain
itu, wakil kakitangan wanita KUIN itu turut mempersoalkan tentang akaun
IPT di bawah Kerajaan Negeri Kedah yang dikatakan hampir ‘kering
kontang’ dan gagal membuat pembayaran pemotongan gaji mereka kepada
bank dan syarikat insurans walaupun gaji sudah dipotong.
Akibatnya,
dia menjelaskan bahawa ada sebilangan antara mereka yang telah
dikenakan tindakan mahkamah, penarikan kereta dan polisi insurans
mereka ditamatkan oleh syarikat insurans.
Para
kakitangan KUIN itu juga mempertikaikan jawapan pihak pengurusan
tertingginya yang berdolak-dalik mengenai status IPT itu sama ada ia
bertaraf swasta atau kerajaan sehingga dinafikan hak kenaikan gaji 13
peratus yang diumumkan kerajaan pada awal tahun ini.
Menurut mereka, apabila diajukan persoalan itu kepada pihak jabatan perusahaan IPT itu, KUIN dimaklumkan berstatus jabatan kerajaan dan apabila diminta kenaikan 13 peratus yang sepatutnya menjadi hak kakitangan, mereka dikatakan berstatus swasta serta tidak layak menikmati kenaikan gaji tersebut.

Ekoran
itu, mereka mendakwa boleh dikatakan hampir semua kakitangan KUIN
mendesak Rektornya, Prof Datuk Dr Jamil Osman, agar meletak jawatan
segera atau berhadapan dengan beberapa lagi siri demonstrasi aman.
Menurut
salah seorang wakil kakitangan lelaki IPT itu, Muhammad Azki Hafizi
Ibrahim yang berucap pada demonstrasi berkenaan menjelaskan bahawa
Jamil enggan bertemu, berbincang atau berhadapan dengan rintihan para
kakitangan KUIN tersebut.
Mereka
juga pernah bertemu dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak
yang juga merupakan Pengerusi Ahli Lembaga KUIN di kediamannya pada 14
Mei lalu untuk meluahkan masalah itu, namun usaha tersebut seolah-olah
tidak diendahkan.
Memorandum telah diserahkan kepada Jamil pada 20 Mei berkaitan isu kebajikan kakitangan KUIN yang dinafikan itu dan satu lagi memorandum telah diserakan kepada Azizan melalui Exco Kerajaan Negeri, Datuk Taulan Rasul, pada 19 Jun lalu, namun tiada sebarang tindakan diambil.

turut membuat permohonan bertulis agar Rektor ‘turun’ bertemu dengan
semua kakitangan KUIN namun permintaan mereka itu tidak dilayan
sehingga kini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.