HALAMAN SANTAI

Rabu, 4 Julai 2012

Najib umum Dana Strategik Pelaburan Domestik RM 1 bilion

NURUL AINI MOHAMED ALI

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
 
 
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Dana Strategik Pelaburan Domestik RM 1 bilion, yang akan diuruskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi meningkatkan penyertaan syarikat-syarikat milik rakyat Malaysia dalam rantaian bekalan global bagi industri sasaran berkuat kuasa serta merta.

Menurut beliau, pakej bantuan akan diberi berdasarkan merit bagi setiap kes dan objektif utama bagi meningkatkan keupayaan teknologi pelabur tempatan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, dana itu bertujuan memanfaatkan peluang penyumberan sumber luar dan syarikat yang beroperasi di Malaysia.

"Kerajaan turut memperkenalkan semula insentif cukai bagi pengambilalihan syarikat asing yang berteknologi tinggi, bagi membolehkan syarikat milik rakyat Malaysia memperoleh teknologi terkini," kata beliau pada majlis pelancaran ibu pejabat dan logo baru MIDA, di sini, hari ini.

Pendekatan ini dapat menggerakkan syarikat Malaysia ke arah rantaian nilai yang lebih atau kepelbagaian di dalam bidang baru.

"Kita menyasarkan pelaburan tempatan sebanyak 73 peratus pelaburan menjelang 2020 dan lebihan 23 peratus lagi sumber palaburan dari luar," ujar beliau.
Kerajaan turut menambah baik insentif cukai bagi syarikat-syarikat kecil yang layak memohon galakan cukai di bawah Akta Penggalakan Pelaburan (1986) dengan meningkatkan kelayakan jumlah dana pemegang saham daripada RM500,000 hingga kurang daripada RM 2.5 juta.

Dana bertujuan untuk memanfaatkan peluang penyertaan luar yang dicipta oleh syarikat yang beroperasi di Malaysia serta memperhebat pemerolehan teknologi oleh syarikat milik Malaysia.

"Selaras dengan usaha kerajaan meliberalisasikan lagi sektor perkhidmatan, kita turut memperkenalkan kadar cukai khas bagi menggalakkan penyelia-penyelia perkhidmatan kecil di Malaysia untuk bergabung menjadi entiti yang lebih besar dan membina daya saing sesama mereka," tambah beliau.

Turut hadir pada majlis perasmian ialah  Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,  Datuk Seri Mustapha Mohamed dan Pengerusi MIDA, Tan Sri Amirsham Abdul Aziz.

Tiada ulasan: