HALAMAN SANTAI

Rabu, 4 Julai 2012

Orang Johor boleh terima hukum hudud

 
ADUN Umno Semerah berkata, laluan melaksanakan hudud lebih mudah jika Umno dan PAS bersatu.




PETALING JAYA: Orang Islam Johor mendakwa orang Islam di negeri itu boleh menerima hukum hudud kerana mereka tahu ia sangat baik kepada orang Islam.

“Orang Isam di negeri ini boleh menerima apa sahaja hukum Islam yang baik. Orang Islam di Johor lebih pandai ilmu agamanya dari orang Islam Kelantan.

“Saya percaya kepimpinan Umno faham mengenai perkara ini (hudud),” kata Timbalan Ketua Umno Batu Pahat, Datuk Ariss Shamsuddin.

Bagaimanapun, Ariss yang juga ADUN Semerah berkata, laluan melaksanakan hudud lebih mudah jika Umno dan PAS bersatu kerana kedua-dua parti orang Melayu menguasai majoriti kerusi ParIimen.

Beliau juga menolak dakwaan ADUN Umno Kemelah, Datuk Ayub Rahmat mengeluarkan kenyataan hukum hudud dilaksanakan di Johor adalah untuk mencari publisiti murahan.

Ariss juga mendakwa isu ini kecil dan tidak akan menjejaskan sokongan rakyat bukan Melayu kepada BN dan Umno.

Isu hudud ini menjadi perbualan hangat apabila Ayub semasa sidang DUN negeri Johor mencadangkan supaya Johor melaksanakan hukum hudud.

Tokoh akademik kata mustahil

MCA membantah perlaksanaan hukum hudud dan mengancam parti itu akan keluar BN jika melaksanakan hukum hudud.

Manakala  tokoh akademik Prof Datuk Mohamed Mustafa Ishak berkata, dalam kedudukan semasa hukum hudud mustahil untuk dilaksanakan di negara ini.

Katanya, sama ada Umno atau PAS, kedua-dua parti itu tidak cukup kerusi untuk meminda perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan hudud dilaksanakan.

“Perlembagaan boleh dipinda dengan sokongan dua pertiga. Pindaaan perlembagaan penting bagi membolehkan mahkamah syariah mempunyai kuasa dalam kes-kes jenayah.

“Mahkamah syariah sekarang tidak ada kuasa untuk membicarakan kes-kes jenayah,” kata tokoh akademik Universiti Utara Malaysia (UUM).

Menurut Mohamed Mustafa, sekalipun Umno dan PAS bergabung untuk meminda perlembagaan ia tetap gagal gagal kerana masih tidak cukup dua pertiga.

Katanya, cara yang paling baik ialah melaksanakan hudud apabila sudah mampu.

Tiada ulasan: