Ahmad Tajuddin Abdullah
Malaysia
perlukan pembangkang yang mampu berperanan dan berfungsi dengan baik.
Hal demikian hanya dengan berlakunya fenomena ini barulah kita boleh
mendabik dada bahawa Negara ini praktis demokrasi tulen. Tabiat kini
para pengundi dalam kalangan warga Malaysia – kerana saya kira ada
ramai juga pengundi untuk PRU13 nanti bukan asalan warga Malaysia
tetapi jauh nun di Asia Tengah – kalau di pihak Barisan Nasional
berkempen seolah-olah Pakatan Rakyat tidak perlu wujud langsung dalam
sistem pentadbiran Malaysia.
Begitu
juga perangai ramai penyokong Pakatan Rakyat yang turut melahirkan
perasaaan sebegini seolah-olah biarlah BN itu hancur terus.
Hal ini
tidak betul. Ia amat tidak sihat. Saya dambakan PR mengambil alih
Putrajaya selepas PRU13 akan tetapi saya begitu berharap BN juga akan
menjadi begitu kuat semasa pemerintahan Negara ini di bawah kelolaan
PR. Kuat di sini bermaksud BN mampu berfungsi sebagai sebuah
pembangkang yang baik dan effektif kepada system semak dan imbang untuk
setiap polisi yang dilaksanakan oleh kerajaan ketika itu.
Saya
memandang komen-komen yang berbaur sentimen kepartian yang keterlaluan
sebegini tidak sihat untuk masa depan demokrasi negara kita.
Peranan politikus untuk mendidik masyarakat
Saya
antara orang yang sering mengikuti setiap siri ceramah Pakatan Rakyat
dalam YouTube atau secara lansung, boleh dikatakan secara
keseluruhannya politikus PR pun masih gagal menunjukkan contoh yang baik
kepada rakyat Malasysia dalam hal yang saya sebutkan diatas iaitu
usaha kita kearah kesuburan praktis demokrasi tulen.
Kritikan
saya secara terbuka terhadap Anwar Ibrahim terutamanya, lantaran
imejnya yang begitu menonjol masa kini maka saya merasakan corak
menghentam Umno /BN dalam siri ceramahnya mungkin sudah tiba masanya
untuk diubah. Saya tidak katakan kita tidak boleh hentam akan tetapi
untuk survival demokrasi matang selepas PRU13 terjamin maka Anwar perlu
mulakan dari sekarang langkah tersebut.
Maaf saya
tidak bermaksud bahawa Anwar Ibrahim salah untuk berbuat demikian Cuma
apa yang saya coretkan di sini semata untuk melihat cita-cita Malaysia
yang lebih baik esoknya berjaya direalisasikan.
Ya kita faham kenapa ramai politikus PR dan penyokongnya suka mengambil pendekatan menghentam dan mengkritik secara keras pada setiap tertib dan laku BN. Logiknya manusia yang sering dikhianati pasti tidak akan meredhai secara mudah orang yang mengkhianatinya itu.
Ya kita faham kenapa ramai politikus PR dan penyokongnya suka mengambil pendekatan menghentam dan mengkritik secara keras pada setiap tertib dan laku BN. Logiknya manusia yang sering dikhianati pasti tidak akan meredhai secara mudah orang yang mengkhianatinya itu.
Dan kita
sedar selama ini BN telah mengkhianati amanah kepimpinan yang rakyat
berikan. Saya tidak menafikan hak masing-masing untuk merasa marah
tetapi kritikan ini hanyalah memberi sikap terhadap keperluan mendidik
rakyat ke arah penjenamaan semula wajah politik negara ini.
Politikus
adalah golongan yang punya pengaruh masing-masing. Saya masih boleh
memuji beberapa orang-orang politik di Malasia dari kedua-dua belah
pihak yang sudah sedar akan hal ini. Secara konsisten saya menujukan
pujian ini kepada Saifuddin Abdullah.
Kekadang
sedar atau tidak, mana-mana politikus kita dapati mereka sudah tiada
modal selain ideologi dan kepentingan parti masing-masing. Bayangkan,
sehingga ketika diberi ruang untuk merasmikan temasya sukan sekolah
rendah pun berlambak politikus kemarau modal ini menjadikan pentas
tersebut untuk berkempen demi survival politik masing-masing.
Sekolah rendah?
Ya itulah
“model” rata-rata politikus di Malaysia. Masyarakat yang mendengar
tidak mengenal hak untuk berbeza pendapat dalam kalangan mereka secara
matang.
Jika disebalah BN, mereka mahu hidup selama-lamanya biarpun diri tersedar yang pakaian mereka sudah compang camping.
Jika disebelah PR pula, sering didoakan terkuburnya UMNO/BN buat selama-lamanya.
Pembaca
yang budiman, ta’asub kita pada parti yang kita dokong tidak bermakna
kita harus menafikan peranan pihak yang berbeza pandangan politik
dengan kita daripada proaktif membantu ke arah kemajuan tanah air ini.
Sehingga
kini, amat jarang untuk kita mendapati politikus yang begitu konsisten
dengan prinsip yang dipegang biarpun berdepan dengan jurang perbezaan
yang begitu luas dengan prinsip parti sendiri. Contoh terbaik yang
boleh dibawa ke dalam coretan ini ialah Saifuddin.
Secara
peribadi, saya merasa jika Saifuddin(gambar) tewas atau tidak
bertanding dalam PRU-13 nanti, ianya benar sebuah kerugian yang begitu
besar terhadap survival demokrasi di Malaysia. Bunyinya tragis, tetapi
saya amat mengambil kira peranan penting yang bakal beliau mainkan
setelah BN menduduki kerusi pembangkang dalam Parlimen pasca PRU-13.
Beliau
tidak perlu ke PR. Sama sekali tidak perlu. Cukup beliau di kerusi UMNO
itu memainkan peranan sebagai ahli pembangkang yang berkesan. Maka
UMNO/BN selepas PRU-13 jika mahu terus bernafas dalam atmosfera
demokrasi di Malaysia ini, mereka perlu mengekalkan Saifuddin dan
beberapa pemimpin BN lain yang mampu berfikir dengan laras kotemporari.
Boleh
dikatakan, antara penyelamat imej kerajaan masa kini terutama terhadap
pandangan sisi orang muda dalam pelbagai hal dan masalah yang dicipta
adalah konsistensi yang ditunjukkan oleh Saifuddin dalam
mempoertahankan prinsipnya.
Politikus
yang begitu progresif sebegini, begitu juga halnya dalam Pakatan Rakyat
seperti Nurul Izzah, Nik Nazmi, Dr Dzul, Tony Pua dan beberapa yang
lainnya adalah amat diperlukan oleh sistem demokrasi yang menjadi
amalan Negara kita sekarang. Sistem semak dan imbang yang diharapkan
boleh terlaksana dengan adanya pihak kerajaan dan pembangkang hanya
tinggal sebagai catitan sejarah sahaja jikalau salah satu pihak gagal
memaikan peranannhya masing-masing.
Maka saya
begitu yakin, Saifuddin mampu memainkan peranan sebagai ahli
pembangkang yang berjaya kelak. Cuma tinggal samada beliau mampu
menarik keluar rakan-rakan Barisan Nasional yang lain turut sama
berperanan sebagai barisan pembangkang yang baik.
Biar PR didik BN
Untuk
persoalan kenapa Umno/BN menjadi pembangkang selepas PRU-13, ya itu doa
saya. Mungkin selepas BN menjadi pembangkang selama 5 penggal, barulah
mereka faham bagaimana cara yang sepatutnya pihak kerajaan melayan
barisan pembangkang.
Kerana
selama ini BN telah gagal mendidik rakyat tentang peranan pembangkang
yang sebenar sehingga hampir keseluruhan rakyat terbuai dengan mimpi
indah bahawa hanyalah BN sahaja dewa penyelamat di bumi bekas jajahan
British ini.
Berilah
peluang kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah, dan mendidik BN tentang
hakikat perlunya Negara ini terhadap sebuah sistem di mana pihak
kerajaan dan pembangkang saling bermanfaat demi Negara.
Jika
selepas itu ditakdirkan BN kembali ke pangkuan kuasa, saya berdoa lagi
moga-moga mereka tidak kembali ke perangai lama mereka yang begitu
buruk itu. Insya ALLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan