TERKINI
PETALING JAYA— Naib presiden PKR, YB Nurul Izzah Anwar (gambar) hari ini menuntut agar Kementerian Pengangkutan menjelaskan mengapa kecacatan sistem Malaysian Air Traffic Services Modernization Programme (MATSMP) Improvement Phase 2 (MIP-2) yang dinaiktaraf syarikat Selex Sistemi Integriti (SELEX) dan Advanced Air Traffic Systems (M) Sdn Bhd (AAT) masih belum diperbaiki.
Dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR, ahli parlimen Lembah Pantai itu mempersoalkan mengapa Menteri tidak menjawab soalan parlimennya pada 12 Jun lalu tentang kos keseluruhan naik taraf sistem yang berjumlah RM 128.4 juta ini dan keberkesanannya.
AAT juga merupakan syarikat yang dimiliki SELEX walau sistem dibina dan disediakan oleh SELEX.
Pada 25 Jun, puteri kepada Ketua Pembangkang itu sekali lagi membangkitkan perkara sama tetapi masih tidak dijawab oleh kementerian.
Naib Presiden PKR itu mempersoalkan mengenai tahap kesediaan dan keselamatan sistem MIP-2 jika ia telah sempurna dipasang dan menerima Sijil Penyiapan Praktikal (Certificate of Practical Completion) yang membolehkan pembayaran dibuat.
“Surat pengakuan (Letter of Undertaking) SELEX kepada pihak Jabatan Penerbangan Malaysia (DCA), bertarikh 21 Disember 2011 menyatakan janji kontraktor tersebut untuk memperbaiki segala kecacatan yang dikesan dalam sistem radar menjelang Mac 2012.
“Malangnya, dalam sepucuk emel yang diserahkan kepada saya, ternyata sehingga 27 Jun 2012, masalah-masalah antaranya kecacatan serius, dan bukan sekadar kecacatan sistem kecil, masih lagi berlaku,” kata Nurul lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.