Oleh: Mohd Martin Kahar
PETALING JAYA: Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik
Ahmad mencabar polis mendedahkan identiti pemimpin Pakatan Rakyat yang
dikaitkan dengan Jemaah Islamiah (JI) dan komunis.
Beliau berkata, kegagalan berbuat demikian membuktikan polis cuba menipu rakyat dengan tuduhan tidak masuk akal.
“Kalau ada bukti, sila dedahkan. Kami pun nak tahu siapa individu
terbabit. Kalau tiada bukti mereka perlu minta maaf,” katanya pada
sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini. Hadir sama Naib
Presidennya Nurul Izzah Anwar.
Semalam Bernama melaporkan risikan polis Cawangan Khas mendedahkan
Jemaah Islamiah (JI) dan komunis meresapi KEADILAN, PAS dan DAP. Malah
polis menuduh individu yang dikaitkan dengan gerakan terbabit cuba
menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang.
Ahli Dewan Undangan (ADUN) Seri Setia itu menyifatkan tuduhan
tersebut sudah lapuk dan dikitar semula disebabkan Umno BN kini
benar-benar terdesak.
“Mereka sebelum ini tuduh kononnya DAP nak dirikan negara Kristian,
jadi buat apa JI nak sokong DAP. Parti Komunis pulak tak percaya kepada
tuhan, jadi kenapa mereka nak sokong PAS. Ini jelas tak masuk akal,”
katanya.
Beliau kesal dengan tindakan Umno BN memperalatkan polis semata-mata untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat.
“Saya nasihatkan polis melaksanakan tanggung jawab membanteras
jenayah yang semakin serius. Jangan keliru dengan peranan tersebut,”
katanya.
Beliau turut menyelar polis apabila berdiam diri terhadap hubungan
rapat antara Umno-Parti Komunis China dan MCA-Parti Komunis Korea
Utara.
Nik Nazmi turut menempelak Pemuda Umno yang berbangga terhadap hubungan rapatnya dengan Pemuda Komunis China.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.