Halaman
▼
Khamis, 26 Julai 2012
Polis: 'Tan Sri' terlibat beli ijazah palsu
Anggota masyarakat terkemuka - ada yang bergelar 'Tan Sri' - telah dikaitkan dengan pembelian ijazah palsu daripada sindiket yang telah dilumpuhkan oleh Jabatan Jenayah Perdagangan Selangor baru-baru ini.
Kebanyakan yang terlibat adalah mereka yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat," kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.
Bercakap kepada pemberita dalam taklimat media di Shah Alam hari ini, beliau berkata, sesetengah daripada mereka yang dikaitkan dengan sindiket ijazah palsu itu, termasuk 'Tan Sri'.
Menurutnya, mereka yang membeli ijazah tersebut "memang tahu" ianya palsu dan jika mereka menggunakannya untuk mendapatkan pekerjaan atau bagi apa jua tujuan, ia melibatkan unsur penipuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.