Peniaga
di Plaza Bukit Bintang tidak perlu berpindah keluar dari bangunan
ketika kerja-kerja pembinaan stesen MRT, kata Menteri Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Yaakob.
Beliau juga
berjanji sekiranya bangunan itu bertukar hak milik, penyewa sedia ada
akan diberikan keutamaan untuk terus kekal di kompleks beli-belah yang
baru dibina.
”Semua pihak telah bersetuju jika ada pertukaran pemilikan,
akan ada satu klausa dalam perjanjian pembelian yang akan memberi
keutamaan kepada peniaga sedia ada dan memastikan hak para peniaga
dilindungi.
“Kita
berharap ini akan menjadi penamat kepada masalah peniaga. Sebarang isu
boleh boleh diselesaikan melalui perbincangan tanpa membawanya ke
‘jalanan’,” beliau memberitahu pemberita selepas dua jam mesyuarat
dengan wakil peniaga, UDA Holdings Bhd dan MRT Corp, Selasa.
Dilaporkan,
BB Plaza yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur dan dibina lebih
30 tahun lalu akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek
pembinaan MRT.
Berikutan laporan, seramai 50 peniaga mengadakan protes di luar bangunan BB Plaza, mendakwa tiada sebarang rundingan dibuat oleh UDA Holdings, Kementerian Kewangan dan MRT Corp dengan mereka.
Berikutan laporan, seramai 50 peniaga mengadakan protes di luar bangunan BB Plaza, mendakwa tiada sebarang rundingan dibuat oleh UDA Holdings, Kementerian Kewangan dan MRT Corp dengan mereka.
Ismail
menambah, lima kedai di hadapan pintu masuk pusat beli-belah itu
bagaimanapun perlu berpindah pada hujung minggu ini bagi memberi laluan
kepada kerja-kerja awal pembinaan.
“Butiran dan jumlah pampasan akan dibincangkan di antara syarikat itu dan MRT Corp,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan