Hari ini masuk hari
13 mogok lapar oleh tahanan ISA. Setakat maklumat yang diperolehi
daripada keluarga tahanan, Razali Kassan terpaksa menghentikan mogok
kerana terkena jangkitan Hepatitis B, menurut maklumat yang diperolehi,
mata Razali Kassan membengkak dan kekuningan. Razali Kassan juga
merupakan tahanan yang dilaporkan telah dipukul dan diludah oleh pegawai
KemTa semasa menyertai mogok lapar. Hepatitis B merupakan penyakit
berjangkit yang boleh merebak melalui darah dan cecair badan yang
tercemar. Sekiranya tidak dirawat, hepatitis B boleh menyebabkan
penyakit kronik seperti radang hati.
GMI
juga mendapat maklumat Fadzullah Razak yang telah memulakan mogok lapar
masih nekad dan akan terus bermogok sehingga semua tahanan dibebaskan.
Berdasakan maklumat yang diperolehi, walaupun telah diasingkan daripada
tahanan lain dan dipaksa untuk berhenti, Fadzullah tetap meneruskan
mogok lapar.
Begitu juga seorang tahanan daripada Sabah yang bernama Bakar bin Baba yang dilaporkan sebagai berpuasa setiap hari. Bakar bin Baba yang merupakan seorang guru juga dilaporkan telah menerima surat buang kerja daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atas alasan melanggar tatatertib ekoran penahanannya di bawah ISA. Walau bagaimanapun, surat itu sampai ke rumah Bakar bin Baba yang berada di Tawau dan surat itu telah dipanjangkan oleh keluarganya kepada pihak KemTa.
Namun sehingga ke hari ini belum ada sebarang maklum balas mengenai surat itu daripada Bakar bin Baba dan jika surat itu tidak dijawab dalam masa 14 hari, Bakar bin Baba akan dibuang kerja. GMI juga mendapat maklum Bakar didenda untuk tidak boleh menggunakan telefon dan berhubung dengan surat ekoran beliau menyertai mogok lapar. Sekiranya Bakar bin Baba dibuang kerja, keadaan ini sudah pasti lebih menyukarkan keluarganya yang bergantung penuh pada pendapatannya sebagai guru.
Tuntutan GMI:
1. Pihak KemTa perlu membenarkan peguam yang akan melawat KemTa untuk hadir bersama doktor bagi membolehkan keadaan pesakit diperiksa oleh doktor selain daripada pegawai perubatan yang disediakan oleh pihak KemTa.
2.
GMI juga mendesak agar Menteri Dalam Negeri memberi jaminan bahawa
semua tahanan akan dibenarkan menggunakan akses telefon dan surat
menyurat bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih sukar seperti mana yang
sedang dihadapi oleh Bakar bin Baba.
3. GMI mendesak Menteri Dalam Negeri untuk memastikan tidak ada hukuman atau denda yang dikenakan ke atas tahanan yang bermogok lapar termasuk tidak menghadkan tempoh pertemuan keluarga seperti mana yang telah berlaku terhadap tahanan Mustawan, Razali dan Fadzullah.
Pendirian GMI:
Begitu juga seorang tahanan daripada Sabah yang bernama Bakar bin Baba yang dilaporkan sebagai berpuasa setiap hari. Bakar bin Baba yang merupakan seorang guru juga dilaporkan telah menerima surat buang kerja daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atas alasan melanggar tatatertib ekoran penahanannya di bawah ISA. Walau bagaimanapun, surat itu sampai ke rumah Bakar bin Baba yang berada di Tawau dan surat itu telah dipanjangkan oleh keluarganya kepada pihak KemTa.
Namun sehingga ke hari ini belum ada sebarang maklum balas mengenai surat itu daripada Bakar bin Baba dan jika surat itu tidak dijawab dalam masa 14 hari, Bakar bin Baba akan dibuang kerja. GMI juga mendapat maklum Bakar didenda untuk tidak boleh menggunakan telefon dan berhubung dengan surat ekoran beliau menyertai mogok lapar. Sekiranya Bakar bin Baba dibuang kerja, keadaan ini sudah pasti lebih menyukarkan keluarganya yang bergantung penuh pada pendapatannya sebagai guru.
Tuntutan GMI:
1. Pihak KemTa perlu membenarkan peguam yang akan melawat KemTa untuk hadir bersama doktor bagi membolehkan keadaan pesakit diperiksa oleh doktor selain daripada pegawai perubatan yang disediakan oleh pihak KemTa.
3. GMI mendesak Menteri Dalam Negeri untuk memastikan tidak ada hukuman atau denda yang dikenakan ke atas tahanan yang bermogok lapar termasuk tidak menghadkan tempoh pertemuan keluarga seperti mana yang telah berlaku terhadap tahanan Mustawan, Razali dan Fadzullah.
Pendirian GMI:
GMI
tetap dengan pendirian bahawa semua isu yang berlaku akan selesai
sekiranya Menteri Dalam Negeri bersedia untuk membebaskan kesemua
tahanan ISA. Keegoan Menteri mempertahankan tindakan hanya akan
menyebabkan keadaan menjadi lebih keruh.
GMI juga berpendirian tindakan pihak KemTa yang mendenda tahanan yang menyalurkan maklumat keluar daripada KemTa juga merupakam tindakan yang tidak bertanggungjawab. Apakah tindakan untuk memaklumkan kepada keluarga mengenai salah laku pegawai KemTa dan penderaan yang dialami tahanan merupakan satu kesalahan? Sifat pihak KemTa ini dilihat amat tidak professional dan lebih dilihat sebagai cuba melindungi sesuatu daripada diketahui umum.
*Kenyataan media oleh Syed Ibrahim Syed Noh selaku Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Syukri Razab selaku Penyelaras SUARAM, Sekretariat GMI.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan