Halaman

Selasa, 3 Julai 2012

Rafizi dakwa syarikat tidak pengalaman urus projek tambahan

ARHIZA AHMMAD

Rafizi dakwa syarikat tidak pengalaman urus projek tambahan
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli
 
 
PETALING JAYA - PKR mendakwa syarikat yang memperoleh tender projek sambungan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Ampang tidak mempunyai pengalaman dan kemahiran berbanding dengan pembida lain.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, ia adalah hasil daripada laporan sebuah syarikat perunding kejuruteraan yang membuat penilaian teknikal terdapat projek yang bernilai lebih RM1 bilion itu.

Menurutnya, syarikat berkenaan telah menyerahkan laporan kepada Syarikat Prasarana Negara Berhad, bagi memaklumkan hasil penilaian bidaan itu kepada Jawatankuasa Peroleh Menteri Kewangan, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Laporan itu jelas menunjukkan syarikat tersebut gagal dari aspek kewangan, malah mendapati penilaian teknikal terendah iaitu 38.62 mata berbanding dengan syarikat lain yang menyertai pembidaan itu.

"Syarikat itu juga tidak pernah mengendalikan projek besar dan berpengalaman berbanding dengan pembida lain, mereka juga tidak pernah terbabit dalam projek berkaitan dengan rel dan LRT," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Rafizi berkata, disebabkan syarikat itu mempunyai hubung baik dengan kerajaan, maka mereka memperoleh tender tersebut.

Katanya, tindakan ini boleh menyebabkan risiko tinggi kepada pengguna LRT dan orang ramai, kerana syarikat yang melaksanakan projek tersebut tidak mempunyai kepakaran dan pengetahuan mengenai LRT.

Sebelum ini, Najib menafikan beliau campur tangan dalam urusan pemberian tender projek Aliran Ringan (LRT) laluan Ampang, malah menegaskan segala urusan yang dijalankan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.