MALAYSIA KINI
Kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan menganjurkan pertandingan Kampung
Merdeka di seluruh negara sempena Bulan Kemerdekaan dengan hadiah utama
berupa geran atau projek bernilai RM1 juta.
Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata ia bertujuan menyemarak semangat cintakan negara ke seluruh pelusuk negara termasuk di kampung.
Tempat kedua dan ketiga turut menawarkan hadiah lumayan iaitu masing-masing RM500,000 dan RM300,000, katanya kepada pemberita pada majlis Ihya Ramadan KEMAS Selangor di Kampung Bukit Naga di Shah Alam semalam.
Beliau berkata selain keperluan asas, penilaian pemenang pertandingan akan mencakupi elemen bagaimana sebuah kampung itu melahirkan masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu dan saling bekerjasama.
"Kita akan lihat unsur-unsur seperti pengibaran bendera, semangat kekitaan serta penganjuran program di kampung berkenaan dalam setahun ke arah menyemarakkan semangat cintakan negara," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Shafie yang juga naib presiden Umno, meminta anggota BN di Sabah bertenang berikutan peletakan jawatan Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Datuk Seri Wilfred Bumburing sebagai Pengerusi BN Tuaran, kelmarin..
"Dalam politik, perkara ini lumrah, orang masuk orang keluar daripada perjuangan BN, malah Umno sendiri pernah kehilangan banyak pemimpin," katanya.
Mohd Shafie turut meluangkan masa untuk menyampaikan bantuan kepada Amanah Abdul Samad, 86, yang uzur sebelum melawat bazar Ramadan di Kampung Bukit Naga.
Di majlis itu, beliau menyampaikan bantuan berjumlah RM135,528 sumbangan kakitangan KEMAS di seluruh negara bagi membantu rakyat Palestin kepada wakil Aman Palestin Berhad Sheikh Khalid Abdul Hamzah.
Beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Anugerah Desa Cemerlang peringkat negeri 2011 yang menyaksikan Kampung Bandar di Kuala Langat muncul johan dan membawa pulang RM10,000 serta sijil. Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan