Oleh Masdar Wahid
SUBANG JAYA 3 Julai: Kerajaan Selangor mempertimbang cadangan
penubuhan Yayasan Usahawan Muda khusus bagi pembangunan ekonomi belia di
negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, Dr
Yunus Hairi berkata, satu jawatankuasa penstrukturan khas bakal dibentuk
bagi merealisasikan usaha itu dengan inkubator di setiap Parlimen dan
Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh diwujud bagi jurusan kemahiran
tertentu.
“Contohnya, di Kolej Antarabangsa Inpens, kita boleh memberi latihan selepas pengajian dalam masa enam bulan.
“Seterusnya, mungkin boleh diwujudkan ‘mentor mentee’ agar kita dapat
memantau golongan belia ini bagi membentuk mereka menjadi usahawan muda
bagi memenuhi keperluan ekonomi Selangor,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam rumusan pembentangan Dialog Bajet
Selangor 2013 bertajuk ‘Peranan Belia Ke Arah Memajukan Ekonomi Negeri
dan Pembangunan Masyarakat’.
Selain itu, enam teras utama bagi menggerak belia dalam pembangunan
ekonomi negeri ialah pendidikan, kemasyarakatan, kepimpinan, sukan,
ekonomi dan kebudayaan.
Yunus turut mencadangkan agar satu pilihan raya penggerak belia
tempatan diwujudkan bagi memberi peluang kepada anak muda di di negeri
itu merancakkan minda, ekonomi dan pembangunan negeri.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Intitusi Pengajian Sains Sosial
IPSAS, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Azimi Hamzah
mencadangkan Dewan Perniagaan Belia diwujudkan selain menyediakan geran
untuk usahawan muda.
Beliau berkata, pengwujudan tabung ‘social entrepreneurship’ juga
perlu supaya pertubuhan belia boleh berdikari seterusnya kerajaan dapat
membentuk pekerja belia yang profesional.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.