KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR : Tindakan kerajaan melalui 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membeli penjana kuasa bebas (IPP) daripada dua syarikat kroninya bakal membebankan rakyat dengan kenaikan tarif elektrik.Ahli Parlimen Selayang, William Leong mengulas keputusan kerajaan membeli IPP daripada Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd dan Mastika Lagenda Sdn Bhd dengan harga masing-masing RM8.5 bilion dan RM2.55 bilion.
“Bukan sahaja kos dibeli tinggi tapi tempoh kontrak akan tamat tidak lama lagi. Jadi persoalannya kenapa kerajaan sanggup bayar dengan harga tinggi.
“Bermakna Tenaga Nasional Berhad (TNB), akan beli ikut kontrak IPP dengan harga yang tinggi. Akhirnya rakyat yang terpaksa menanggung beban dengan kenaikan tarif elektrik,” katanya kepada Keadilandaily.
Beliau tidak menolak kedua kroni itu mengambil sikap lepas tangan dengan menjual kontrak tersebut kerana khuatir kerajaan akan bertukar tangan selepas PRU 13.
“Kalau kerajaan milik Pakatan Rakyat (PR), mereka (kroni) akan tahu kerajaan baru itu akan siasat projek ini,” katanya.
Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd milik Tan Sri Ananda Krishna dan Mastika Lagenda Sdn Bhd milik Genting Bhd masing-masing mengumumkan keuntungan bersih RM1.9 bilion hasil penjualan saham mereka kepada 1MDB.
Konsesi generasi pertama IPP akan tamat pada 2016 dan 2017, bagaimanapun Suruhanjaya Tenaga mengumumkan sebarang perjanjian baru akan lebih kompetitif buat IPP.
“Apabila perjanjian kontrak tamat, bermakna rakyat akan jadi sasaran. Tapi jika ada lagi perjanjian berat sebelah, bermakna ketiga-tiga pihak antaranya Petronas, TNB dan rakyat menjadi mangsa,” kata Baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.