TERKINI
Ketua
Menteri Pulau Pinang berkata dia akan bertemu Nazri sebelum mengumumkan
laporan audit Ketua Audit Negara mengenai negeri Pulau Pinang kepada
orang ramai. — Gambar file
“Saya sudah lihat laporan ini, tetapi kita mesti hormat amalan yang
dilakukan sebelum ini, ia haruslah dibentangkan di parlimen terlebih
dahulu.
“Kecuali, kalau Datuk Seri Nazri cakap, Pulau Pinang boleh umum dengan sendirinya, itu lain.
“Sebab itu saya akan bertemu beliau terlebih dahulu.”
Menurut ketua menteri Pulau Pinang itu, beliau sudahpun menerima laporan audit negeri tersebut dan beliau tidak faham mengapa kerajaan tidak memberikan laporan audit tersebut kepada semua ahli parlimen sebelum bajet dibentangkan pada Jumaat ini.
“Pulau Pinang sudah terima laporan audit, saya tak faham mengapa ia harus dilambat-lambatkan.
“Tidak ada sebab ia dilambatkan, kata beliau dalam kepada media selepas melacarkan buku tulisan Dr Mohamad Tajuddin Mohd Rasdi yang bertajuk Why Listen to the Vice Chancellor.
Semalam Pakatan Rakyat (PR) mengatakan mereka melihat tindakan Putrajaya sengaja melengah-lengahkan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 2011, yang sepatutnya dibentangkan serentak ketika pembentangan Bajet 2013 pada Jumaat, 28 September ini adalah satu cubaan untuk mengelakkan pemimpin pembangkang merujuk kepada laporan audit berkenaan ketika pembentangan bajet.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menegaskan adalah sangat “tidak wajar” kerana beliau melihat tindakan itu sebagai taktik kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno mengalihkan kesempatan ahli Parlimen membahaskan laporan kewangan tersebut.
“Ini sangat tidak wajar, kerajaan cuba alih kesempatan ahli Parlimen bahas laporan kewangan tersebut.
“Laporan itu sangat penting, ia menilai prestasi kewangan yang dikeluarkan Ketua Audit Negara,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di Parlimen semalam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.