Selepas ditangguh Pilihanraya Kampus
(PRK) sekian lama, akhirnya kehangatan dan kembali Pilihanraya Kampus
kembali hangat. Kampus-kampus utama seperti UM, UIA, UPM USM & UKM
dijangka menjadi tumpuan ramai termasuk masyarakat pemerhati politik dan
pemimpin negara kerana ia merupakan bayangan awal sebelum bermulanya
Pilihanraya Umum ke 13 yang tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk
tempoh wajib dibubarkan Parlimen.
Ditambah
pula, dalam mahu menguasai kampus-kampus utama seluruh
negara penangguhan Pilihanraya Kampus (PRK) ada kaitannya dengan PRU13
yang dikatakan mahu diadakan sekitar bulan Mac 2012 pada ketika itu
kalau tidak silap kami. Betulkan jika kami tersilap di ruangan komen.
Hakikatnya, pengaruh Pilihanraya Kampus mampu meletuskan iklim Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU 13) yang kini kembali segar dan hangat dibincangkan dalam kalangan mahasisiwa.
Perebutan kerusi MPP antara Pro Mahasiswa dan Pro Aspirasi/Penggerak Mahasiswa sering mendapat perhatian masyarakat.
Keputusan Terkini Pilihanraya Kampus 2012
Keputusan yang baru kami perolehi melibatkan keputusan terkini Pilihanraya Kampus 2012Pendapat kami, masyarakat mahukan mahasiswa tidak hanya gah bertanding dalam Pilihanraya Kampus tetapi :
- Keputusan Pilihanraya Kampus di UTeM – Pro Aspirasi menang majoriti.
- Keputusan Pilihanraya Kampus di. UniSZA – Pro Aspirasi menang 100%.
- Keputusan Pilihanraya Kampus di UiTM – Pro Aspirasi menang 100% (Seperti dijangka. Kubu kuat Pro Aspirasi)
- Keputusan Pilihanraya Kampus di UniMAP – Pro Aspirasi menang majoriti.
- Keputusan Pilihanraya Kampus di UTHM – Pro Asprasi menang majoriti.
- Ahli-ahli Majlis Perwakilan yang yang bertanding dan dipilih oleh komuniti mereka mampu mengalas tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pelajar dengan menimba ilmu dengan baik dan berjaya
- Pastikan semasa di bawah pentadbiran mereka, kebajikan pelajar dijaga termasuklah masalah air, yuran kos yang membankan pelajar, bas, infrastruktur diuruskan dengan baik
Kedua-dua
elemen ini perlu berjalan seiring. Masalah di kebanyakan Institut
Pengajian Tinggi (IPT) kebanyakan MPP yang dipilih tidak melaksanakan
amanah yang diberikan dengan baik.
Inilah yang berlaku selama ini. UBAHLAH!!! Diharapkan pemilihan kali ini tidak kira siapa yang menang atau kalah semasa keputusan Pilihan raya Kampus 2012 ini, yang penting kebajikan pelajar terus dijaga tanpa mengabaikan prestasi pelajar di Universiti seterusnya mampu melahirkan bakal pemimpin yang ADA KUALITINYA
- Jikalau Pro Aspirasi terlalu sangat mengikut telunjuk HEPA sampai usaha-usaha untuk memperjuangkan hak-hak asasi pelajar kurang dibeirkan penekanan ataupun diambil sambil lewa
- Manakala Pro Mahasiswa dilihat lebih gemar dan sibuk dengan politik kepartian sehingga hak pelajar dalam kampus terabai
- Apabila masing-maisng menang sibuk buat lawatan sana sini. Ada yang pergi Balilah dan macam-macam lagi. Erm…..
- Dan..yang paling menyedihkan terutamanya kalangan pensyarah apabila kedua-dua kelompok ini apabila sudah memegang jawatan terus merosot belajar, tak datang kelas, meeting sana sini, usrah sana sini.
- Akhirnya prestasi akademik merudum. Yang masyarakat mahukan MPP yang keputusannya ademiknya bagus dan dalam pada masa yang sama kebajikan mahasiswa semua dijaga dengan baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.