MALAYSIA KINI
Naib
presiden PKR Datuk Seri Chua Jui Meng menggesa Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar dan timbalan, Datuk Chua Tee Yong
supaya menjelaskan keputusan kementerian itu yang berubah-ubah
berhubung industri burung walit.Jui Meng berkata, kementerian berkenaan sebelum ini mendakwa pengenalan sistem pengenalan menggunakan frekuensi radio (RFID) merupakan satu-satunya cara untuk menghentikan sekatan China ke atas eksport sarang burung dari negara ini.
Namun, kementerian berkenaan secara senyap-senyap mengubah pendirian mereka berhubung perkara itu, kata bekas menteri itu.
"Kedua-duanya (Noh and Tee Yong) berkeras mengenai kewajipan memasang penanda RFID di kotak sarang burung yang dieksport oleh Malaysia (ke China)," kata Jui Meng yang berkata kedua-dua anggota kabinet itu memberitahu media bahawa China menuntut supaya klausa RFID itu dimasukkan dalam protokol.
Bagaimanapun, China kemudiannya menandatangani protokol dengan Indonesia dan Thailand tanpa protokol seperti itu, kata Jui Meng.
Oleh yang demikian, kata Jui Meng, terbukti bahawa Noh dan Tee Yong berdolak-dalik dalam isu protokol terbabit.
"Mereka memutarbelit isu ini untuk disuaikan dengan agenda mereka," kata Jui Meng lagi dalam satu kenyataan.
Pengusaha sarang burung walit menentang cadangan untuk pemasangan penanda RFID yang mahal itu dan mendakwa terpaksa menanggung kos bagi kontrak yang diberikan kepada syarikat kroni kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.