Seorang
usahawan wanita yang menjalankan perniagaan fotografi di kompleks
beli-belah Suria KLCC di sini mendakwa diarah mengosongkan premisnya
pada 30 Sept ini tanpa alasan kukuh.Sherifah Salim berkata beliau
menerima notis itu tiga bulan lepas dan rayuannya agar terus dibenar
berniaga di situ tidak mendapat sebarang jawapan.
“Saya
tidak menghadapi sebarang masalah dalam perniagaan, malah sewa juga
dibayar tepat pada masanya sejak mula berniaga pada 1998,” katanya pada
sidang media yang turut dihadiri Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi
Perkasa Malaysia, Ruslan Kassim, di lobi Parlimen, di sini, Selasa.
Sherifah
mendakwa walaupun sewa kedainya kini melambung sehingga RM22,500
sebulan berbanding RM7,500 ketika mula berniaga, beliau tetap mampu
membayar sewa berkenaan tanpa kelewatan.
“Sekarang
pengurusan enggan menyambung sewa saya, malah alasan yang diberikan
ialah mengenai prestasi jualan sedangkan perniagaan saya tidak
merudum,” katanya.
Beliau meminta agar pihak pengurusan pusat beli-belah itu menimbang semula notis tersebut memandangkan pada masa ini hanya terdapat kira-kira lima peratus peniaga Melayu di kompleks berkenaan.
Beliau meminta agar pihak pengurusan pusat beli-belah itu menimbang semula notis tersebut memandangkan pada masa ini hanya terdapat kira-kira lima peratus peniaga Melayu di kompleks berkenaan.
Sementara
itu, Ruslan berkata pihak pengurusan Suria KLCC harus memberi
penjelasan yang wajar dalam kes tersebut.Ini kerana katanya, setiap
usahawan berhak menjalankan perniagaannya di pusat beli-belah
berprestij itu selagi mereka tidak melanggar syarat dan peraturan yang
ditetapkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.