Halaman

Isnin, 24 September 2012

Tiada Tol Dikenakan di EDL - PM

MSTAR ONLINE
 
KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan bahawa tiada tol akan dikenakan di Lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL) di Johor Baharu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata cadangan pengambilalihan EDL di Johor Baharu oleh kerajaan daripada pemegang konsesi sedia ada masih di peringkat perbincangan dan belum dimuktamadkan.

"Walau bagaimanapun, kepentingan semua pihak iaitu rakyat, pihak pemberi pinjam, syarikat konsesi dan kerajaan akan sentiasa dijaga dalam memuktamadkan sebarang cadangan," kata beliau dalam jawapan bertulis kepada soalan Loke Siew Fook (DAP-Rasah) di Dewan Rakyat pada Isnin.

Loke bertanyakan kos untuk kerajaan mengambil alih EDL di Johor Baharu daripada pemegang konsesi Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dan kadar tol yang akan dikenakan. -BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.