SINAR HARIAN
KOTA KINABALU - Kerajaan Persekutuan diminta menaikkan royalti minyak
bagi Sabah oleh Petroliam Nasional Bhd (Petronas) daripada 5.0 peratus
sekarang ini, kepada sekurang-kurangnya 7.5 peratus.
Datuk Syed Abas Syed Ali (BN-Balung) berkata, kenaikan royalti minyak
itu penting bagi membolehkan pelbagai agenda pembangunan negeri
dilaksanakan dengan berkesan.
"Kita mencadangkan royalti minyak bagi Sabah dinaikkan sebanyak 100
peratus. Jika tidak, kenaikan 50 peratus pun baik, yang mana Sabah akan
menerima royalti sebanyak 7.5 peratus."
"Saya yakin perkara ini boleh dirunding dan kenaikan itu tidaklah perlu
dilakukan secara mengejut," katanya ketika membahaskan Bajet Negeri
Sabah 2013 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Syed Abas juga berterima kasih atas penglibatan sektor korporat yang
membuat pelaburan di Sabah, seperti Petronas yang membantu usaha
kerajaan meningkatkan ekonomi negeri selain membantu memajukan dan
membangunkan rakyat di Sabah. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan