THE MALAYSIAN INISDER
KUALA LUMPUR— Alliance Bank mempunyai mempunyai kaitan
dengan Tun Daim Zainuddin dan bukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang
didakwa menjejaskan agenda Melayu semalam oleh bekas Menteri Kabinet Tan
Sri Sanusi Junid, kata PKR hari ini.
Dalam
Forum Ekonomi Melayu semalam, Sanusi mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad
dan Tun Daim Zainuddin cuba ‘meniru’ dasar anti-Yahudi Jerman dahulu
dengan tidak memberikan lesen perbankan kepada masyarakat bukan Melayu
demi memastikan kepentingan Melayu dalam ekonomi terbela.
“Sanusi mendakwa usaha ini digagalkan oleh Anwar yang memberikan lesen perbankan kepada dua kumpulan perbankan bukan Melayu — Hong Leong Bank dan Alliance Bank.
“Tuduhan Sanusi tidak berasas. Alliance Bank Malaysia Berhad merupakan syarikat perbankan di bawah Alliance Financial Group Berhad (AFG) yang dikaitkan dengan Tun Daim Zainudin.
“Daim dikatakan memiliki 14.8 peratus AFG menerusi Langkah Bahagia Sdn Bhd. Langkah Bahagia bersama-sama pihak-pihak berkaitan syarikat pelaburan Singapura, Temasek Holdings Ltd mempunyai kepentingan di dalam AFG menerusi Vertical Theme Sdn Bhd,” kata Nik Nazmi dalam kenyataan media yang dihantar ke The Malaysian Insider hari ini.
Menurut Nik Nazmi (gambar), hubungan AFG dan Daim bermula sejak 1982 lagi apabila beliau membeli Malaysian French Bank. Malaysian French Bank kemudian dinamakan Multi-Purpose Bank.
Pada 1997, Langkah Bahagia membeli saham di dalam Hock Hua Bank (Sabah). Salah seorang pemilik saham Langkah Bahagia, Mohd Nasir Ali mengumumkan bahawa beliau bertindak bagi pihak Daim. Hock Hua Bank kemudian ditukar nama menjadi International Bank Malaysia Berhad dan digabungkan bersama Multi-Purpose Bank serta enam lagi syarikat kewangan untuk menjadi AFG.
“Mungkin agenda Melayu yang dimaksudkan Sanusi adalah untuk menjaga kepentingan saham kroni-kroni UMNO-BN seperti bagaimana Petronas ditekan untuk menyelamatkan syarikat milik anak Mahathir, Mirzan iaitu Konsortium Perkapalan Berhad sewaktu krisis ekonomi 1997 dengan harga melebihi kadar pasaran. Namun yang menghalang usaha tersebut ialah Anwar,” katanya lagi.
Menurut Nik Nazmi lagi, ketaksuban Sanusi di dalam menyerang Anwar dan mempertahankan Mahathir dan Daim menyebabkan beliau tidak nampak penyelewengan ekonomi, seterusnya menjadikan rakyat Malaysia umumnya dan orang-orang Melayu secara umumnya sebagai mangsa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.