Setakat pelaksanaan kamera AES Malaysia
untuk FASA 1 ini, seramai 63,558 pesalah trafik telah pun berjaya
dikesan sama ada memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah.
Dalam erti kata lainnya, mereka-mereka ini telah menjadi “pelanggan”
kepada 2 syarikat ini, Beta Tegap Sdn Bhd dan juga ATES Sdn Bhd…
Kalau sebelum ini ada kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) meminta Kementerian Pengangkutan Jalan supaya menangguhkan & mengkaji semula pelaksanaan kamera AES Malaysia (Sistem Penguatkuasaan Automatik)
Kami
tiada masalah dengan sistem kamera AES Malaysia. Tetapi biarlah ada
logik daripada aspek pelaksanaan dan lokasi yang dipilih untuk
diletakkan kamera AES Malaysia ini.
Bagaimana Kamera AES Malaysia Ini Beroperasi?
- Secara ringkasnya, lokasi kamera AES Malaysia akan ada satu garisan hitam (sensor) di pasang melintangi “lane” pada “certain points. Dan sensor tersebut dinamakan Piezo Sensor
- Kereta akan lalu atas garisan dan jikalau kelajuan kereta tersebut melebihi had yang sepatutnya, sensor (yang telah diprogram untuk mengesan kelajuan yang telah melebihi had) akan hantar signal kepada kamera AES Malaysia ini dan secara automatiknya ia akan “trigger” kamera tersebut untuk menangkap gambar kereta yang telah menjadi “sasaran”
- Manakala pada waktu malam, akan terpancar cahaya flash yang menerangi wajah pemandu dan penumpangnya.
Terdapat pemasangan 831 kamera AES Malaysia ini di seluruh negara, syarikat konsesi berkenaan – ATES Sdn Bhd dan Betap Tega Sdn Bhd
Terus-terang
kami katakan, jika kamera AES Malaysia ini diwujudkan untuk bertujuan
dan diharapkan mampu mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia, kami kurang bersetuju.
Walaubagaimanapun, ia mungkin boleh dilakukan sebagai salah satu usaha
tetapi kami sangat yakin impaknya untuk mengurangkan kadar kemalangan
amatlah kecil.
Kamera AES Malaysia VS Ragam Pengguna Jalan Raya
Kemalangan
atau sebarang kesalahan jalan raya ini semua atas sebab sikap dan
mentaliti pengguna jalan raya. Contohnya, apa yang kami perhatikan
beberapa senario di jalan raya di depan mata kami seperti …..
- Kereta masing-masing membawa laju
- Sampai ke highway Kajang, ada sebiji kamera AES Malaysia ini menyala. Kereta Proton Perdana yang tengah laju nampak lampu kamera AES Malaysia ini menyala, terus brek secara mengejut, tak tentu arah jadinya kereta-kereta di belakang brek mengejut takut langgar belakang kereta
- Hampir-hampir berlaku kemalangan
- Akhirnya jumpa kamera AES malaysia contohnya punyalah “bersopan-santun memandu kereta” tetapi selepas sahaja melepasi kamera tersebut…………………….masing-masing menjadikan pedal minyak untuk berlumba-lumba menekan sekuat hati. Kesudahannya?
Kadang-kadang
yang pemandu apabila contohnya kamera AES Malaysia diletakkan di
kedudukan strategik yang dirasakan sememangnya patut diletakkan kemara
ini, berhati-hatilah membawa kereta.
- Ada kami jumpa sebuah kereta Camry, pemandunya brek terus tukar lorong
- Bayangkan dari 150 kmph, nak “drop” ke 90kmph dengan cepat. Bukankah menyusahkan & membahayakan pemandu lain?
- Bawa laju, tapi takut kena saman? Erm…..
Tetapi….janganlah sampai ruang dan peluang yang diberikan itu diambil kesempatan dengan meletakkan kamera AES Malaysia syarikat anda secara membuta tuli,
bersepah-sepah sehingga lokasi yang tidak sepatutnya diletakkan kemera
AES Malaysia, dipacak juga disebabkan atas nama keselamatan.
Keselamatan? Keselamatan atau keuntungan?
Hanya
di Malaysia, seperti biasa kita akan kaji secara serius apabila sesuatu
projek itu sudah berjalan. Seperti apa yang berlaku pada kes meter baru
TNB. Apabila sudah siap dipasang barulah keluar arahan mahu dihentikan
seketika atas alasan nak kaji balik. Walaubagaimanapun setakat
Kementerian Pengangkutan masih lagi belum ambil pusing saranan suara
dari Dewan Rakyat….
P/S : Kos sebiji
kamera AES Malaysia hampir mencecah RM800,000, dan mula dipasang di
merata tempat secara berperingkat-peringkat, baru sekarang minta
kerajaan kaji?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.