TERKINI
Donald yang merupakan timbalan menteri kewangan berkata, dalam janji kerajaan Pakatan untuk membina rumah kos rendah, mereka cuma dapat menyiapkan 1,000 unit rumah sahaja.
"Saya ingin bertanya kepada ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dimana 23,637 unit rumah yang dikata beliau semalam?
"Kebanyakan rumah yang siap dibina hanyalah dari projek dari kerajaan terdahulu Barisan Nasional (BN)," katanya (gambar) dalam sidang media di Parlimen hari ini.
Beliau mengatakan kerajaan negeri hampir tiada projek baru untuk perumahan kos rendah.
"Jika ada, saya ingin pihak kerajaan negeri nyatakan di mana projeknya, kerana ini adalah tanggungjawab kami selaku pembangkang dalam negeri Selangor," kata Donald lagi.
Menurut Donald lagi, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor kini hanya lebih berminat untuk membangunkan kediaman mewah daripada kediaman kos rendah atau sederhana.
"Kalau kita tengok, banyak projek kondominium mewah di sekitar Selangor, tapi sangat kurang untuk pembangunan rumah kos rendah," katanya lagi.
Donald memberi contoh di Kuala Langat, kerajaan PR menjanjikan sebanyak 7,693 unit rumah, tetapi hanya 900 unit sahaja dalam pembinaan.
Donald berkata, ini berbeza pada zaman pemerintahan BN di Selangor.
"Pada zaman BN, di kawasan saya di Petaling sahaja terdapat 16,000 unit rumah kos rendah dibina," kata Donald lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan