Halaman

Isnin, 22 Oktober 2012

PM: Kerajaan sedar 4 permintaan utama kaum Cina

RUZY ADILA IDRIS

Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak bersama para pemimpin dan perwakilan MCA melaungkan 'Barisan Nasional (BN) boleh' pada perasmian Perhimpunan Agung MCA Ke-59 hari ini- Foto Bernama
 
KUALA LUMPUR - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui kerajaan sedar empat kemahuan utama kaum Cina di negara ini dan berjanji akan memenuhi harapan komuniti itu.

Menurut Najib yang juga Perdana Menteri, perkara pertama yang menjadi keutamaan orang Cina ialah untuk memastikan ekonomi negara maju dan berdaya saing.

Katanya, ekonomi Malaysia mencatatkan antara yang terbaik di dunia dan sentiasa berkembang.

"Pelawat dari negara asing kagum dengan kemajuan kerana mereka kata Malaysia mempunyai banyak kren yang berfungsi berbanding di Dubai, yang banyak kren tetapi tidak banyak yang berfungsi.

"Cuba tanya mana-mana penganalisis, antara bajet BN dan pembangkang, bajet yang mana yang mereka lebih yakin," katanya, yang juga Menteri Kewangan, dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung MCA Ke-59 di Wisma MCA di sini, hari ini.

Tambah Najib, permintaan kedua orang Cina termasuklah kerajaan yang adil dan saksama.

Untuk permintaan kedua itu, Najib berjanji akan melaksanakan perkara itu.

Sementara itu, Najib menambah permintaan ketiga orang Cina ialah menuntut urus tadbir negara yang baik terutamanya dalam menangani isu jenayah.

"Oleh sebab itulah, kerajaan memperuntukkan sebahagian belanjawan untuk menyediakan kamera litar tertutup (CCTV) dan turut menyediakan peruntukan untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kalau kita nak atasi jenayah, kita perlu lakukan bersama. Sebagai parti kita kena sediakan," jelas beliau.

Yang terakhir, tambah Najib, orang Cina menuntut isu pendidikan diberi perhatian mereka faham, adalah penting  untuk memupuk nilai-nilai positif dan ilmu kepada anak-anak mereka.

Katanya, kaum itu percaya, nilai baik penting untuk menguruskan sekolah terutamanya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

"Kita tidak boleh memaksa Orang Cina menghantar anak mereka bersekolah di Sekolah Kebangsaan dan oleh itu kerajaan akan memastikan SJKC kekal dalam dasar pendidikan negara.

"Kita berbeza dari Thailand, Indonesia dan Singapura. Kita boleh cakap apa sahaja tentang pendidikan Cina tetapi kita perlu ingat, Malaysia satu-satu negara di Asia Tenggara ada pendidikan sekolah Cina.

"Singapura mana ada sekolah Cina," katanya.

Sehubungan itu, Najib berharap semua pihak tidak me

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.