HALAMAN SANTAI

Isnin, 22 Oktober 2012

Speaker tolak usul potong gaji menteri

 
Hazlan Zakaria


 
Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia hari ini tidak membenarkan usul memotong gaji menteri yang difailkan tiga wakil pembangkang kerana ia menyalah guna Peraturan Tetap 66(9).

Katanya lagi, usul itu jika dibentang dan diluluskan akan mencipta masalah perundangan kerana gaji itu merupakan haknya dan Dewan tidak mempunyai untuk urusan mengambil daripadanya.

Pandikar berkata, keputusan itu berdasarkan kajiannya terhadap amalan parlimen Westminster di tempat lain.

Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) pada 17 Oktober lalu memfailkan usul untuk memotong RM10 gaji Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri kerana didakwa menyalah guna kuasa dengan menggunakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menyiasat Suara Inisiatif Sdn Bhd.

Pua berhujah, Ismail menggunakan jawatannya untuk agenda politik BN dalam menyiasat akaun syarikat Suaram itu tetapi gagal bertindak terhadap lima syarikat lain berkaitan dengan Umno.

Tiada ulasan: