Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Katanya, ia termasuk taktik pemimpin sebelum ini yang melarikan diri ke luar negara untuk mengelak tindakan tidak bermoral dilakukan terhadap parti dikesan.
Bagaimanapun katanya, dengan penubuhan jawatankuasa khas yang akan memantau perkara ini, siasatan dan tindakan segera boleh diambil terhadap pihak tidak bertanggungjawab.
“Setiap kali pilihan raya, ramai tidak puas hati tidak menjadi calon dan pergi ke luar negara, tetapi apabila (BN) sudah menang, dia muncul kembali ke depan dan menuntut supaya diberikan jawatan itu dan ini.
Oleh itu katanya, panel itu dapat mengenal pasti dengan cepat berbanding sekiranya dilaporkan selepas pilihan raya kerana orang sudah lupa dan agak sukar untuk bertindak.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Bengkel Sub-Manifesto Barisan Nasional (BN) di Pulau Duyong, semalam.
Ahmad Shabery turut menjelaskan jawatankuasa itu lebih praktikal kerana panel dilantik di bahagian masing-masing yang membolehkan maklumat dan aduan disampaikan terus kepada pihak terlibat.
“Berbeza dengan yang lepas, dua tiga minggu baru aduan dibuat terus ke Pusat jadi ia mengambil masa yang lama untuk menyiasatnya dan orang sudah lupa perkara ini,” katanya.
Bagaimanapun, beliau mengharapkan semua pihak bersikap matang selari dengan kematangan parti yang sudah bertapak sejak sekian lama.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Kemaman menyifatkan tindakan sabotaj di Terengganu tidak berlaku dengan teruk.
Katanya, walaupun ramai pemimpin parti tidak tercalon dalam Pilihan Raya Umum ke-12 lalu, masing-masing tunjuk semangat kepartian tinggi dalam membangkitkan kemaraan parti melawan musuh dan mempertahankan negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan