HALAMAN SANTAI

Khamis, 1 November 2012

Adakah kerajaan menyokong perasuah?

 
Persoalan tersebut ditimbulkan ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berikutan keengganan hakim mengetepikan pertuduhan terhadap Datuk Shamsul Bahrin Ismail yang membocorkan maklumat berkaitan NFC. 



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin menyifatkan penolakan permohonan Datuk Shamsul Bahrin Ismail untuk mengetepikan 17 tuduhan sebagai terburu – buru dan menyokong pemberi rasuah.

“Ini membuktikan bahawa keputusan hakim seolah-olah tidak berminat mendengar kes yang akan memberi implikasi dalam kes saman Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil terhadap saya dan (Pengarah Strategi PKR) Rafizi Ramli.

“Ia juga mencerminkan seolah-olah kerajaan Malaysia termasuk polis dan SPRM menyokong pemberi rasuah dengan melindungi (Pengerusi Ekskutif NFC)  Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dari menghadapi pertuduhan,” kata Zuraida dalam sidang media di lobi Parlimen yang turut dihadiri Shamsul.

Pada hari Isnin lepas, hakim mahkamah tinggi Kamardin Hashim telah menolak permohonan Shamsul Bahrin yang menghadapi pelbagai tuduhan termasuk tuduhan menyogok polis.

“Lebih menghairankan lagi bukti yang telah diberikan kepada pihak SPRM menunjukkan Dr Mohmad Salleh adalah individu yang telkah merancang serta menyurul Shamsul untuk menyogok pihak polis bagi menutup kes NFC yang ketika itu sedang disiasat.

“Orang yang memberi rasuah tidak dituduh tetapi orang yang disuruh memberinya dituduh. Kenapa SPRM tidak melaksanakan pertuduhan terhadap Dr Mohamad Salleh tetapi menuduh Shamsul Bahrin,” tambah Zuraida.

Sementara itu Shamsul Bahrin pula mendedahkan kesangsian yang dirasakan beliau sejak ditahan dan dibicarakan.

Banyak perkara diselindung

“SPRM hanya mengambil berat tentang SMS yang saya hantar kepada Dr Mohamad Salleh tetapi tidak menyiasat secara tulus dan terperinci. Penyiasatan terhadap saya tak sampai sejam. Yang tak dipenting ditanya, yang penting ditanya.

“Dr Mohamad Salleh tidak memberitahu SPRM bahawa dia beritahu saya untuk membayar upah rundingan saya. Dia tak sebut bahawa dia suruh saya bayar duit kepada polis. Banyak lagi perkara yang diselindung.

Beliau juga tidak puas hati dengan perjalanan kes mahkamahnya.

“Hakim tiada minat untuk mendengar permohonan saya dan ambil keputusan membatalkan dalam tempoh sepuluh minit,” katanya yang terkejut kerana dokumen permohonannya yang tebal.

Beliau mendakwa hakim mendengar hujahan pihak pendakwa raya dari SPRM meskipun pendakwa raya tersebut bersikap biadap.

“Dia biadap terhadap hakim tetapi hakim mendiamkan dirinya. dia berkata tuan hakim tiada kuasa untuk membatalkan kes,” kata Shamsul Bahrin yang akan membuat rayuan untuk penolakan kes beliau pada hari Isnin.

Tiada ulasan: