AKU telah mendapat maklumat dari Penyelaras SAMM Pahang, Sdr Bung Hatta
yang memaklumkan bahawa beliau telah menerima panggilan telefon dari
rakan-rakannya di Temerloh bahawa sejak dari semalam telah banyak
risalah dan gambar-gambar lucah berbentuk fitnah ke atas DS Anwar mula
diedarkan di setiap kawasan.
Kejadian ini tidak menghairankan kerana rakyat di negeri Pahang bakal menerima kunjungan Ketua Umum KEADILAN, DS Anwar Ibrahim bermula pagi ini (Ahad - 04 Nov 2012) di dalam Program Jelajah Merdeka Rakyat ke Negeri Pahang. Sudah tentulah ada pemimpin korup di negeri ini yang mula rasa gementar dengan kehadiran tokoh reformasi ini. Oleh yang demikian, tidak pelik jika puak-puak bangsat dan bacul itu berbuat demikian dan ianya bukan kali pertama dilakukan terhadap DS Anwar Ibrahim.
Puak mereka ini gentar untuk berdebat secara ilmiah dengan DS Anwar
Ibrahim, maka tiada jalan lain untuk menunjukkan bahawa sebenarnya
mereka masih memiliki 'jantan' maka itulah yang termampu mereka
lakukan. Apa pun, kita akan lihat benarkah mereka itu sebenarnya
'jantan' atau 'jantan yang tidak bertelor'.
Kepada semua penyokong keadilan demi rakyat, ayuh, kita turun
beramai-ramai hari ini di mana sahaja kawasan yang bakal dikunjungi oleh
DS Anwar Ibrahim untuk membuktikan kepada puak bacul itu bahawa tidak
semua rakyat Pahang bodoh-bodoh belaka./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.